Author: Mya

Farewell AJ

Kekdahnya 30 November hari tu hari terakhir Azri kat RSA ni.
So 2 hari sebelum tu geng Kita Kita Aje keluar lah beramai-ramai untuk Farewell Lunch Azri aka AJ.
AJ tu saya sorang je panggil hehe.

Memula tu macam keliru jugak la nak makan kat mana.
Abang Mohd Noor ajak pegi Rebung tapi agak mendapat tentangan.
Saya suggest la makan kat Restoran Simple Life yang Healthy Vegetarian tu.
Peringkat awal mendapat tentangan jugak tapi lepas tu dah takde cadangan lain lalu saya bertegas jugak kata sedap laaa food kat sini.

Saya dah sesiap salin menu kat website dah.
So senang sampai sana terus je bagi kat waiter takyah nak tunggu-tunggu.
Lagipun depa semua sendiri taktau nak order/makan apa.
Semua pun bagi kepercayaan untuk saya order.

Rasa macam dah ngam-ngam saya pilih food untuk 14 orang.
Tapi sampai sana tak cukup kau. Mana taknya bila sampai yang goreng-goreng semua sambar, 2 saat ghaib.
Sampai 2 kali lah kena repeat order.

: : Banyak food lain tapi tak sempat nak snap gambar haaa : :

Saya dapat try a few makanan yang tak pernah try sebelum ni.
Dan memang puas hati semua pun sedap.
Diorang pun semua kata sedap. See see… kami dah habaq awai hampa semua tak caya.
Lepas ni kalau nak pergi makan lagi masing-masing dah tau dah nak order apa.

Tak cukup korum ni sebenarnya.
Emli dengan Faizal takde. Depa 2 tu memang payah sikit kalau nak diajak keluar lunch.
Tapi takpela, hidup tiada paksaan.
Khairul pulak cuti sakit.

Gambar bawah kanan tu Kak Aida dengan Farah.
Farah baru masuk RSA. Tapi masih dalam pertimbangan sesuai ke tak nak diserap masuk ke Kita Kita Aje hehe.
Azri, Khairul dengan Zura pun ambik masa berbulan jugak tau.
Yes, I fussy like that.

Anyway, selamat jalan AJ.
Kita cuma berpisah department dan floor, tapi masih di building yang sama.
Akak doakan awak sukses di tempat baru naaa.
Anything roger-roger je 😀