Author: Mya

Mesir Day 6 : Malam di Oscar

Pintu masuk rumah Ernie yang belah kanan.
Yang kiri tu lif. Lif yang oldskul.
Lepas masuk kena tarik pintu kayu dengan grill untuk tutup.
First time saya naik lif ceni hehe.

Malam terakhir baru Ernie masak kari kepala ikan haaa.
Save the best for last gitu.
Masakan Ernie usah dibahas la. Memang sedap sokmo.
Dikawankan dengan ayam perap madu dengan ikan goreng hmm ikan apa tah. Lupa dah.
Sambal belacan plus timun.

Lepas dinner keluar jalan-jalan area town.
Saya keluar dengan Ernie. Encik Z gi lepak dengan Fad.

Saya, Ernie & Nur Imaan Shah keluar ambik angin malam sekitar town.
Masuk kedai kasut, terjebak lah beli boot.
Nak beli yang macam lain, tapi macam takde.
So beli jelah yang mana ada. Harga tak mahal sangat.
Rasa lepas convert tak lebih RM70 pun.


: : Sebab winter kan, so memang banyak boot je la : :

Kitorang menapak pepelan sepanjang jalan tu.
Malam sejuk aaa. Tu saya pakai glove tu. Tangan sejuk.
Ernie ajak pekena aiskrim.
Sesejuk pekena aiskrim besttt hehe.


: : Beli sweet potato dari Pak Arab ini : :

: : Gini rupa parasnya : :

Tahan teksi terus ke tempat lepak Encik Z & Fad yang bertajuk Oscar.
Kekira ni tempat lepak depa sekeluarga la malam-malam minggu.
Belah atas ada tempat budak-budak main. So memang port Nur Ain Shah kat situ je.

: : Kemain lagi Encik Z bersisha : :

Malam semakin larut.
Saya menikmati malam ini dengan sebak di dada.
Tidurlah dengan lena. Mungkin ini pertama dan terakhir saya lena di bumi Anbiya ini.