Pengkalan Hulu, Perak & Betong, Thailand

Ni cerita pada 20 & 21 Disember 2018. Yer sis bro, cerita tahun lepas. Jangan nak terkejut sangat sebab ada cerita tahun 2016 pun masih belum berupdate yer. I ni macam dah dapat rentak sikit, so doakan I terus diberi ketabahan untuk update blog especially kisah-kisah travel I yang tertunggak.

Ok ceritanya cousin I, Syazrain dia menjemput ke majlis bertandang dia di Baling, Kedah sana. Masa wedding dia kat KL, I tak dapat pergi sebab masa tu I bercuti kat Gambang, Pahang. So kali ni dia jemput ke majlis belah lelaki lah kiranya. Mama nak pergi dengan Adil sekeluarga. I pun tanya Encik Z, bincang gitu gini, so ok lah, boleh la jalan-jalan sekali. 

Hari Khamis, 20 Disember tu I kerja pagi. Balik tengah hari tu baru siap gitu gini gedebak gedebuk, pukul 4 petang jugaklah geraknya dari KL. Tapi kami tak terus ke Baling. Kami ke Pengkalan Hulu dulu, sebabnya haa jap jap I cerita. Sabar sikit. Dari highway kami exit kat Kuala Kangsar, terus menuju ke Gerik. 

: : Promosi Starbucks. Rugi kalau dilepaskan : :

Akhirnya pukul 11 malam lah baru sampainya kat Pengkalan Hulu. Jalan nak sampai tu fuh punyalah gelap hutan kiri kanan. Scary. Kat Pengkalan Hulu ni I book Pengkalan Hulu City Hotel. RM90 1 malam untuk Family Room. Oh ya, nama lama Pengkalan Hulu ni ialah Kroh.

Besoknya, 21 Disember 2018, pagi-pagi dah check out sebab hari ni nak masuk Betong! Betong korang tau tak? Bukan Bentong tau. Betong kat Thailand. Ceritanya gini. I ni kan suka je jalan explore sana sini. So alang-alang nak ke Baling ni, I google lah tempat-tempat menarik. Dapat lah masuk blog orang dan jumpa info pasal Betong ni. Baru I tau rupanya Perak pun ada sempadan dengan Thailand. Selama ni ingatkan Perlis dengan Kedah je yang bersempadan dengan Thailand. Jadi I pun cadangkan pada Encik Z jom masuk Betong balik hari. Dia ok je.

Untuk info, sempadan Malaysia – Thailand yang ada imigresen ialah :-
1. Padang Besar, Perlis – Hatyai
2. Wang Kelian, Perlis – Satun
3. Bukit Kayu Hitam, Kedah – Sadao
4. Pengkalan Hulu, Perak – Betong
5. Rantau Panjang, Kelantan – Su-ngai Kolok
6. Pengkalan Kubor, Kelantan – Takbai (Narathiwat)

Sebelum tu, breakfast dulu. Ada kedai makan berdepan dengan hotel.
Ambik kau nama roti canainya. Zack kaki pukul. Pengsan.

Dari hotel ke sempadan dalam 10 minit je. Akan jumpa The Zon Duty Free dulu. Kami masuk lah dalam tapi takde apa yang menarik pun. 

Terus je ke Betong Immigration Checkpoint. Kena q dan isi borang. Korang kena turun dari kereta. Ada parking kat sebelah kiri tu, park je lah molek-molek. Cuma yang I tak berapa suka sebab macam takde proper kaunter untuk ambik borang. Tak reti nak explain. I pun banyak buat rujukan baca blog sana sini. Jadi, pandai-pandai korang lah ya huhu. (dasar tak membantu). Haaa lagi satu, korang kena bawak salinan geran kereta. Lepas tu kan, salinan tu korang kena pegi bawak cop kat balai polis terdekat. Nanti kena tunjuk kat immigration.

Dalam setengah jam gak la proses nak seberang border tu. Dari imigresen nak ke Pekan Betong dalam 15 minit je. Dekat kan? 
OK sedikit informasi tentang Betong. Betong ni merupakan pekan yang paling selatan di Thailand. Dikenali sebagai ‘The City in the Fog’ disebabkan kedudukannya yang dikelilingi oleh bukit bukau dan disebelah pagi kawasan ini akan dilitupi kabus, udara juga sejuk serta nyaman.

Ada banyak jugak tempat menarik di Betong ni, tapi I listkan beberapa tempat yang berdekatan je lah di antara satu sama lain sebab kami pun balik hari je. 


: :Clock tower di Pekan Betong : :

Perkara yang paling terkenal di Betong ni ialah di sini terdapatnya postbox yang terbesar di dunia. Di dunia ok? Yang gambar bawah ni ialah postbox asal dan masih digunapakai sehingga hari ini. Jenuh la kalau hari raya ke, Chinese New Year ke, Deepavali ke, mau surat penuh, silap-silap tenggelam abang posmen dengan surat-surat hiks.


: : Postbox ni letaknya di Sukhayang Road : :


: : Bangunan dicat warna warni : :

Seterusnya kami ke postbox lain pula, tapi yang ni cuma simulasi, dan tidak digunakan. Letaknya di hadapan Betong City Convention Hall. Saiz postbox simulasi ni 3 kali ganda lebih besar dari yang asal tadi. Jadi tumpuan pelancong untuk bergambar. Encik Z tak turun masa ni. I dengan Yaya je cecepat turun bergambar. Cuaca panas sangat.

Lokasi berikutnya adalah Betong Mongkhonrit Tunnel. Ia terletak di jalan Amonrit dan merupakan terowong yang pertama dan terbesar di Thailand. Terowong ni melengkong sejauh 268 meter, menghubungkan pekan Betong dengan pekan baru di sebelah tenggara. Ianya dibuka pada 1 Januari 2001.

Ni dah di seberang dah. Ada kawasan boleh park kereta, pastu tempat bergambar semua berdekatan.

Ada replika ayam kat sini, apa signifikannya tidaklah I pasti. Tulisan depan tu pun tulisan Thailand, jadi tidaklah dapat I ketahui apakah maksudnya.

Belah depan ayam-ayam ni, ada lukisan mural di dinding (of coz la kat dinding kan, takkan kat pasir pulak). So kita bergambar lah ye.

Sebelah mural pulak ada patung-patung dinasour, pun tak berapa diketahui apakah kena mengenanya dengan Betong ini. Mungkin sekadar hiasan. Tapi macam krik-krik sikit, tak berapa terjaga.

Selesai bergambar semua, hari pun dah menjelang tengah hari, perut pun sudah lapar, jadi marilah kita cari makan. Hasil google, ada tempat makan sedap kat area Masjid. Kami pun park kereta kat luar Betong Plaza dan berjalan lah pepelan ke arah masjid.

Tapi jalan punya jalan macam tak nampak bayang masjid, plus dah penat sebenarnya, jadi kitorang pun patah balik, dan makan kat satu kedai makan kat luar Betong Plaza.

: : Teh ais dan air tebu : :

: : Masak pun tepi jalan tu je ha : :

Nom nom nom. Tengok gambar je pun dah menjejes air liur, plus masih terasa kesedapannya. Tak boleh la kan, food Thailand ni, why so sedap belaka?

Satu lagi perkara wajib jika ke Thailand ialah singgah 7 Eleven atau Family Mart diorang. I beli jajan, susu pekat manis. Pastu I ada beli foundation dalam paket, comel je. Dah snap gambar, tapi ntah cari tak jumpa. Bagus sangat idea buat foundation dalam paket camtu, kalau kata tertinggal foundation ke apa, takyah nak beli yang besar dalam botol, beli yang paket je.

Dalam pukul 2.30 petang camtu kami decide nak gerak balik sebab dah takde nak ke mana. Memula macam nak singgah Pasar Betong, kot la nak cari rempah tomyam ke apa, tapi macam payah nak cari parking, plus cuaca panas sesangat dah ha, so cancel la ye.

Singgah kat stall Chapayom untuk beli teh ais dan green tea ais. Chapayom ni jenama teh ais yang terkenal kat Thailand, siapa biasa pergi Thailand tau la.

Selesai urusan imigresen segala, park kereta tepi dan bergambar kat sempadan. Standard kejakunan yer kalau berada di border. Jangan nak kecam sis sangat, korang pun sama (tuduhan tak berasas)

Perkara paling penting yang korang tak boleh lupa kalau ke Betong melalui sempadan Pengkalan Hulu ni ialah, bergambar kat batu sempadan! Wajib tau! Cumanya batu sempadan ni korang akan jumpa di sebelah laluan keluar dari Thailand ke Malaysia. Masa pergi tak nampak.  Jarang Encik Z nak suruh snap gambar dia sorang, so di atas keajaiban yang jarang berlaku ni, kita letaklah gambar ia di sini.

Sebelah dengan The Zon Duty Free tu ada satu tempat menjual jugak. Boleh tengok gambar bawah ni. Tapi tempat jual ni macam ala-ala krik krik gak. Pusing jugak la seround, banyak baju-baju dan makanan ada la sikit.


: : Terjerit jap tengok ada mieng kham. Apa lagi, borong lah : :


: : Suka tengok buah pack ceni. Beli jugaklah hehe : :

Selain dari tempat yang I pergi kat atas nun, tempat lain yang menarik di Betong ialah Terowong Piyamit, yang menyimpan sejarah Ching Peng pada tahun 40an, Winter Flower Garden, Intharason waterfall dan Hot Springs. Tapi paling terkenal ialah fenomena awan nano di Iyerweng Gunung Silipat. Tambah pulak sekarang dah ada skywalk di The Sea of Mist, boleh tengok awan seperti hamparan karpet. InsyaAllah ada rezeki kalau datang lagi I nak pergi tengok awan nano ni. Korang google je Awan Nano Betong.

Akhirnya, habis jugak entry Betong ni. 7 hari 7 malam nak habis menaipnya hoih. OK macam biasa, video!