Semarang : Situs Candi Arjuna

Destinasi terakhir kami hari ini di Dieng Plateau ialah Situs Candi Arjuna. Masa ni dah lewat petang dan udara sangat sejuk! Best gila sejuk hehe..
Candi Arjuna ni sama macam candi-candi lain di Indonesia, ada sejarah dan kisahnya yang tersendiri. Di kompleks ini juga terdapat Candi Semar, Candi Srikandi, Candi Puntadewa, dan Candi Sembadra.

Dan pujian kepada Pak SlametĀ  bertambah-tambah lagi. Dia guna gopro snap sebab nak nampakkan wide. Memang hebat ah skill photographer dia ni.





Lepas tu dia paksa kitorang bergambar lompat. Banyak gila dia snap haha.
I letak sekeping sudah. Kena marah pulak tu bila tak jadi. Last-last I give up, Masy je lompat sorang.


: : Muka garang sambil membebel tak ikut arahan ahahaha : :


: : Siap buat demo cemana nak lompat. Sabau je la haku : :


: : Eh eh comel nau ni : :

Selesai semua kami pun ucap terima kasih pada Pak Slamet sambil hulurkan duit seperti yang dijanjikan. Dia pun mintak maaf kalau ada gurau terkasau ke apa. Haa dia tiap kali nak snap gambar dia cakap apa tau ‘Fotonya mau kurus atau gemuk, buk?’
Tak sempat I nak jawab, dia kata ‘Ya, gemuk aja deh, lebih mudah’
Pffttt..

Meneruskan perjalanan pulang ke Kota Semarang. Stop untuk dinner dulu. Lapar sangat dah masa ni. Kedai makan ni tepi jalan, masuk ke dalam, penuh kegelapan. Tapi bila sampai tengok lawa je ha kedai nya.
I makan ikan bakar kicap, makan kering-kering dengan nasi putih. Haihh makanan Indonesia ni taktau nak cakap cemana, memang sedap kan?

Selamat tinggal Dieng Plateau. Ada rezeki kita jumpa lagi ya..