Semarang : Pesona Dieng

Janji dicapati sungguh la haih Normaya ni. Taknak dah bagi apa-apa alasan sebab korang pun mesti dah muak nak dengar/baca kan. Tapi I tetap jugak la nak update blog dan cerita Semarang ini. OK, sambung.
Seterusnya, kami ke kawasan tempat yang lebih tinggi dipanggil Pesona Dieng. Gambar buah dibawah tak ingat dah namanya, tapi rasa kelat-kelat.


: : Masy kata masih ni Pak Prawanto tanya berapa kitorang bayar kat Pak Slamet. Gegaya macam tak puas hati je, tapi yer lah, dah ngko pun tak berapa memberi kerjasama dari segi info dan snap gambar. Terpaksa la kami upah pihak ketiga. Alah lagipun rezeki dikongsi bersama : :


: : Pak Slamet terus menjalankan tugas sebagai photographer tanpa disuruh-suruh : :

Dan seterusnya gambar-gambar di bawah jua disnap oleh beliau.
Handphone I memang dia pegang sepanjang masa. 
Masy pulak dengan Pak Prawanto snap gambar sana sini.
Pak Slamet siap paksa-paksa I panjat bukit. Paksa-paksa manja tapi kadang-kadang kena marah gak sebab I kata I takut.
“Ya nggak apa-apa, buk. Ya bisa buk. Ya aman buk”
Tapi lawa la gambar-gambar dia snap. Memang I puji ia untuk itu.

Nampak je macam takde orang kan?  Hakikatnya ramai orang ok. Berhimpit-himpit nak bergambar sebenarnya. Tapi sebab Pak Slamet hebat, tak nampak macam ramai orang kan?
Kat buaian ni pun kan, masa I nak bergambar ada 2 orang budak tengah dok main buaian ni. I bagi tenungan mata je, terus dua-dua pepelan gerak hehe.

Ni macam pelantar. Tinggi gak la panjat tangga. Masa ni pun ramai orang, tapi dengan kebijaksanaan Pak Slamet, semua dapat dinyahkan dari tulisan ni. Masa ni I bagi gopro kat Pak Slamet, sebab nak kan gambar wide. Berpuluh gambar dia snap, tanpa pause. Dia ingat gopro tu macam handphone ke apa. Sudahnya jem gopro I tu. Cuak dia ngko. 
I kata ni kena bukak bateri dengan memory card ni. I takut memory card tercampak ke apa, dia dengan bersungguh-sungguh tadah tangan. Nampak la muka bersalah dia tu. 

Lepas dah off dan on balik, gopro tu ok je. I pun tunjuk ajar la kat dia cemana nak guna, pun bersungguh dia dengar arahan I. Memang I puji la kerbersungguhan ia itu.

Kat sebelah atas lagi ada tempat boleh naik buaian terbuai di udara. Kena bayar la tapinya. Murah je pun. Rasa dalam RM3 kot? I tak naik sebab I gayat. Masy je naik sorang. Kemain gembiranya ha.

Overall nya cantik lah kat bahagian atas ni. Nampak pemandangan saujana mata memandang, udara pun sejuk. Alang-alang sampai Dieng Plateau, sila lah ke sini.

Sebelum turun, nampak ada burung hantu ni. Bayar duit dan ayuhlah kita bergambar. Boleh tahan berat jugak si burung hantu ni. Tapi cantik je tengok dia pandang kamera kan?