Semarang : Kota Lama

Seterusnya, kami terus menuju ke Kota Lama, Semarang.  Kota Lama ini adalah suatu kawasan di Semarang yang menjadi pusat perdagangan pada abad 19-20. Kalau ikutkan pemetaan kawasan, Kota Lama ni macam terasing dari kawasan sekitar, seolah-olah macam negeri lain la kiranya. 
Seperti beberapa kawasan lain di Semarang, kawasan Kota Lama ini juga pernah berada dibawah jajahan Belanda, jadi tak heranlah terdapatnya pengaruh Belanda pada bangunan dan senibina.

Kawasan ni cantik untuk Instagrammer ber OOTD. I yang tak pandai bergaya bergambar ni, camgitu je lah gambarnya ehehe.  Terima kasih pada Masy yang kreatif dan rajin melayan I.

Ramai orang lepak-lepak kat area ni. Boleh dikatakan macam kat bandar Melaka. Yang tengah-tengah kawasan ramai orang lepak tu. Pastu kitorang masuk dalam satu galeri. Semarang Contemporary Art Gallery namanya. 

Basically area ni memang untuk lepak-lepak, minum kopi dan ber OOTD. Of course di samping melihat bangunan-bangunan lama yang unik.