Semarang : Kawah Sikidang

Seterusnya, kami ke Kawah Sikidang. Kawah Sikidang ni terbentuk dari aktiviti gunung berapi Dieng. Kidang tu bermaksud rusa. Dan nampak tempat ni dipanggil Sikidang sebab katanya kawah ni berubah-ubah tempat, seumpama si rusa yang melompat-lompat, gitulah.
Pastu kat sini ada dongeng nya jugak. Dulu-dulu ada lelaki ni dari keturunan kidang garungan. Rupa parasnya macam rusa. Dia berkenan dengan sorang puteri. Puteri ni takmolah kan, dah mamat ni bermuka rusa. Korang nak boyfriend muka rusa? Taknak kan?
Lalu Puteri ni sudah kambus lelaki berwajah rusa ni. Lelaki berwajah rusa ni nak selamatkan diri, terkuis-kuis tanah sampai keluar wap panas dari muka bumi. Gitulah jugak salah satu dongeng kenapa nama tempat ni Kawah Sikidang.

Pak Slamet belikan kitorang mask muka tu. Tapi cemana ke nak pakainya, tak boleh selit kat telinga pun. So I pegang je lah cover hidung dan mulut.
Bau wap dan sulfur belerang agak kuat. Udara sejuk so paru-paru kau pun rasa ketat.
Dari tempat masuk nak jalan ke kawasan kawah tu boleh tahan jugak la jauhnya. Tapi sebab banyak kedai jualan, so tak terasa sangat. Tapi jauh laaa haha.

Sekali lagi skill photographer Pak Slamet dipertaruhkan di sini. Hebatlah dia, memang I clap clap. Dia yang suruh posing tang sana, posing tang sini.
Ada few spot yang orang local hiaskan, so kalau nak bergambar kat situ kena bayar. Pandai hampa buat duit na. Kitorang snap dari kejauhan je la. Koser pulak nak bayar kan..

Ada kawasan yang tak boleh masuk. Bahaya kot. Bau sulfur yang lagi kuat plus ada air panas berbuih-buih. Belah tengah tu asap makin kuat.
Ada orang jual telur gak. Pak Slamet belanja kitorang telur rebus. Kalau ada kicap dengan pepper dap dap makan nih.

Sebelum balik kitorang try makan tiga benda alah di atas. Nama semua tak ingat dah. Knowing Normaya yang jenis suka je try makanan pelik-pelik ni, bagi I semua pun sedap. Kawah Sikidang tempat yang wajibulghunnah korang lawati kalau ke Dieng Plateau ya..