Semarang : Kampung Pelangi

Seterusnya, kami ke Kampung Pelangi. Nama asalnya ialah Kampung Wonosari, tapi dipanggil Kampung Pelangi selepas rumah-rumah disini di cat dengan warna warni. Idea untuk mencantikkan 232 rumah di sini datangnya dari pemerintah Kota Semarang iaitu Hendrar Prihadi. Kampung Pelangi juga terdapat di Malang, Balikpapan dan Lubuklinggau.
Basically ia adalah kawasan perumahan berbukit yang biasa saja, tapi jadi tarikan perhatian orang untuk bergambar sebab dah berwarna warni!

Masa sampai ni tengah hari rembang, dia punya panas tu masyarakat… Tik tik tik peluh menitik. Tapi sebenarnya kalau kau travel dan nak bergambar, elok lah cuaca panas camni. Sebab kalau hujan, apa pun tak boleh. Boleh tahan mengah nak panjat tangga naik ke atas. Kitorang tak naik sampai atas sekali pun, sebab tak larat huhu. So bergambar je lah. Sama jugak, siapa yang jenis suka OOTD dan ber Instagram, sesuai lah datang bergambar kat sini.

Tak lama sangat pun kitorang kat sini sebab tak tahan panas. Kepala pun macam dah berdenyut-denyut dah nak migraine.