Semarang : Brown Canyon

Hari ke 3 di Semarang,  kami akan ronda-ronda di sekitar Kota Semarang. Tempat pertama hari ni ialah Brown Canyon. Tak dapat pergi Grand Canyon kat US, kat Indonesia pun ok apa. Asalnya kawasan ni bukanlah tempat pelancongan pun, kawasan ni jadi kelihatan unik sebab batu-batu dan tebing yang semirip dengan Grand Canyon, terus lah jadi tumpuan tempat penduduk tempatan untuk bergambar. Viral, dan pelancong pun semua datang sini untuk bergambar, tak terkecuali Normaya dan Masyita.

Jalan masuk kena lalu kawasan perumahan orang, jalan pun agak sempit. Tapi tempat ni tak jauh sangat pun dari bandar. Mula-mula kami pergi bahagian atas. Memang terasa macam kat US (macam la ngko pernah pergi US kan). I mean, macam dalam gambar laa.

: : Breakfast dulu di hotel : :

Ada jentolak jengkaut di bawah. Tak pasti pulak sama ada sekadar korek pasir batu kerikil atau ada projek lain.

Puas bergambar kat belah atas, baru kami turun ke bawah. Tak boleh menapak ya, kena naik kenderaan. Kenderaan pun kena park jauh, pastu kena lah menapak ke arah bukit tebing segala tu.

Lepas tu kau OOTD je la sampai lebam. Gambar-gambar I ni kebanyakannya semua original dari iPhone. Tak berapa rajin nak edit macam sesetengah orang. Kalau korang kaki bergambar dan rajin nak edit gambar, memang cantik ah datang sini. Kalau tak, macam tak berapa bermakna la kedatangan korang kat sini. Sebab takde apa pun, memang pemandangan saja.

Seberang dari 2 bukit tinggi ni, ada lagi bahagian yang seluas mata memandang. Pak Purwanto kata, takut benda-benda ni sekejap je la bertahannya, sebab dengar kata government nak tarah bukit-bukit ni semua huhu.

Sejenis kegigihan ya Pak Purwanto snap gambar si Masy. Masy pun sejenis yang memang suka bergambar, so sesuai la BFF dua depa ni. I tengok dari kejauhan saja. Dah tak berapa muda ni, nak bergambar pun cam dah ala-ala sebenarnya.