Semarang : Sam Poo Kong Temple

Seterusnya, kami ke Sam Poo Kong Temple, yang juga dikenali sebagai Gedung Batu Temple. Temple ini merupakan temple yang terkenal di Semarang dan merupakan temple China yang tertua di Semarang. Korang boleh baca info lanjut tentang temple ini DI SINI.

Masa sampai ni, cuaca masyaAllah sistur punyalah panas berdenting. Lalu kitorang ni nak la cari air berais. Takde orang jual pulak. Air botol ada la tapi semua tak sejuk. Kalau bukak bisnes ais kat sini mesti laku ni.

                                             : : Laluan masuk ke temple : :

: : Air yang tak sejuk : :


: : Peta Wisata Klenteng (apakah itu) Sam Poo Kong : :

: : Tu bukan Masy nak feeling comel ke apa, tapi I yang suruh dia ke depan sikit sebab belah dalam tu gelap nau : :


: : Buat pertama kalinya mencuba Lumpia, makanan terkenal di Semarang ini. Sedap. I suka : :


: : Dodol Semarang : :

Kat belah luar ni banyaknya la orang jual makanan. Lumpia, dodol, buah, mee. Cuma ais je takde pfffttt.. Biasanya kalau orang ke Semarang, Sam Poo Kong temple ni memang ada dalam itinerary. Dah alang sampai kan, pergi je lah jejak kaki ke tempat-tempat yang dicadangkan. Apa nak berkira-kira nau..