Semarang : Ketibaan, Makan Siang di Rodjo dan Masjid Agung Jawa Tengah

Assalammualaikum, good morning readers! Gitu feeling kann..
Nampak gaya cerita Seoul, India, Hong Kong, Krabi, Betong dan Makassar macam akan terus tergantung sepi je ni. Cerita Semarang ni pun konon dalam hati dah berazam nak update cepat, tapi tetaplah tertanggguh jua. Sebelum trip I dan Masy yang seterusnya, kenalah jugak update ni. Tapi I terpaksa cerita simple-simple je la sebab banyak info dah lupa dah pun. OK lah tanpa berlengah lagi, marilah membaca kisah cuti-cuti Semarang I dan Masy ini.

Siapa yang dah lama baca blog I taulah kan I dan Masy dalam beberapa tahun kebelakangan ni memang setiap tahun ada travel sama-sama. Jadi tidak terkecuali tahun 2018.

Kenapa Semarang? I yang pilih dan cadangkan. Sebab dekat dan dalam bajet hehe. Masy ok je. Untuk info Semarang ni I baca dan refer dekat blog Supermeng & Wahida.

Perjalanan kami selama 4 hari 3 malam dari 27 – 30 Julai 2018. Harga flight ticket AirAsia RM267.90 per person. Flight kitorang pukul 06:55 pagi. Awal gila kan? Encik Z hantar I pagi tu kat KLIA2. Nampak time kat resit makanan tu, pukul 5 pagi dah breakfast. Harga food kat KLIA2 biasalah, tapi yang ni sedap so dimaafkan. Lepas ni memang nak makan ni je lah kalau kat KLIA2.

Belek beg mekap baru perasan alaaaa bedak muka tak bawak. Mesti bersiap kat rumah tadi pastu letak tepi dan lupa nak letak balik dalam handbag. Mengadu la kat Masy. “Takpe kak, boleh pakai bedak saya”. Tak sempat I bersuara dia kata ‘Tapi tona kulit kita tak sekata”. Dia kata k, bukan I. I pun kemurungan tapi pasrah je la. Tup tup tengah jalan nak ke boarding gate, kedai The Bodyshop baru bukak. Terus macam ada sinaran di mata. Belek-belek, harga dalam RM50 camtu. Dah la takde span pulak tu. Tapi baru teringat I ada bawak kabuki brush seqybeauty. So boleh la tu. Tak pasal keluar duit gegara tertinggal bedak muka.

Pastu pastu pastu kan. Dalam flight macam biasa la belek majalah, ada jual kompak powder dengan set lipmatte Simplysiti. Harga beza sikit jer. Terus mata ke atas. Tak terfikir pulak kan. Takpela, memang tertulis nak beli kompak powder Bodyshop tu. Setakat entry ni ditulis, dah habis pakai pun kompak powder tu. Which bermaksud macam sesuai gak la dengan kulit I.

Perjalanan dari KLIA2 ke Semarang ambil masa 2 jam 35 minit. Imigresen simple gila, seperti gambar dibawah.

Sebelum flight took off tadi I dah siap-siap hantar SMS untuk activate kan 7 days internet data roaming, so bila sampai kat Jenderal Ahmad Yani International Airport ni I on la handphone, tapi lama tunggu tak naik-naik roamingnya. Masa ni I dah on wifi la sebab nak inform supir. Supir pulak lapanploh kali dok whatsapp tanya kat mana. “Ibu lagi di mana Bu?” Kau sabar sikit boleh tak? Mak tengah kusut ni. Beberapa kali kena inform ‘Saya lagi beratur di imigrasi. Saya lagi di kamar kecil. Saya lagi menyelesaikan masalah hape’

Untuk jalan-jalan kat Semarang ni I book dari www.semberani.com. Macam mana tau? Google la sis bro. Berbalas-balas email dan setuju dengan harga, terus confirmkan je. Total: Rp. 2.825.000,- . lebih kurang RM808.00 untuk transportation selama 4 hari 3 malam.

Nama supir kami ialah Pak Prawanto. Terus mintak dia bawak kitorang pergi makan. Lapar. Ingatkan bawak kedai biasa-biasa je, tapi dia bawak restoran yang macam kelas la. I dengan Masy dah risau takut mahal. Kitorang dua kalau travel memang mementingkan penjimatan, hiks.

: : Es kelapa jeruk! Eh ke Es Jeruk Kelapa? : :


: : Sedapppp : :

Destinasi pertama kami hari ini ialah Masjid Agung Jawa Tengah.

Masjid ini dibina pada tahun 2001 sehingga selesai secara keseluruhan pembinaan pada tahun 2006. Masjid ini dibina di atas tanah 10 hektar, dirasmikan oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada 14 November 2006.

Apa yang istimewanya masjid ni ialah ia ada payung yang akan dibuka bila jemaah penuh di luar terutamanya solat Jumaat, sama seperti di Masjid Nabawi, Madinah. Walaupun I tak pernah pergi Madinah, tapi betul kan? Walaupun masa kitorang pergi ni hari Jumaat tapi belum masuk waktu lagi, mungkin kalau tunggu boleh tengok payung ni dibuka. Makanya, kita foto foto aja deh.

Menara atas ni boleh naik, tapi sebab hari Jumaat dan dah nak masuk waktu solat Jumaat, so diorang tutup untuk pelawat masuk. Huhu takde rezekilah. Kalau nak tau cemna keadaan kat atas tu boleh gi tengok kat blog Wahida k.

Wow kagumnya dengan diri sendiri dah siap satu entry Semarang haha..

2 thoughts on “Semarang : Ketibaan, Makan Siang di Rodjo dan Masjid Agung Jawa Tengah

Comments are closed.