Semarang, Indonesia : Hotel Santika & Semawis Night Market

Badan pun dah letih dan berlengas, jadi ayuhlah kita check in hotel. I book Hotel Santika via booking.com. RM595 untuk 4 hari 3 malam termasuk breakfast untuk 2 orang. So share berdua sorang dalam RM300 lah.


: : Welcome drink berupa air halia serai. My favourite : :

Tengah-tengah check in tu, staff kat hotel tu kata I belum buat payment. Terkejutlah I. Sebab seingat I la, I memang dah settle kan payment dah. Walaupun macam pelik sikit sebab all this while guna booking.com, tak pernah pulak kena bayar dulu. Biasanya agoda je yang kena full payment. Tapi staff hotel tu mati-mati kata belum buat payment. Geramlah kita wak.

: : Haaa terpaksa la cari credit card statement. Dah tertera ceni takkan tak bayar lagi? : :

Last-last dia suruh masuk bilik dulu, nanti dia contact booking.com. Awal-awal taknak pulak kau bagitau kan. Bila I dah nak naik hantu baru la kata nak contact booking.com.


: : Ketap bibir kami dua worang tau : :


: : Nasib baik ada air cap kaki tiga untuk menyejukkan diri : :

Tak lama lepas tu staff hotel tu tadi call kata ‘Iya buk. Pembayarannya semua sudah jelas’ . Next time, sebelum nak argue dengan orang, boleh tak cek betul-betul dulu. Haishhh..


: : Makan jap : :

Malam tu, siap-siap keluar nak pergi pasar malam bertajuk Semawis Night Market, pasar malam yang terkenal di Semarang ini.

Meriah la pasar malam ni. Panjang dan 95% memang jual makanan. Kitorang beli makanan pastu cari table kosong, duduk la makan. I beli sotong bakar kot rasanya. Lupa sudah.



: : Hati-hati jangan sangat sampai terbabi : :


: : Macam ni pun boleh jadi bisnes ya : :


: : Salad buah yang sedap sangat : :


: : Fridge magnet comel-comel : :


: : Balik bilik whatsapp video jap dengan Encik Z dan Yaya : :

: : Diorang hantar ni Mama masak : :

End of Day 1. Selamat malam Semarang!