Majlis Kejohanan Olahraga Kali ke 91, Tahun 2019, MGS KL

13 April hari tu ada Majlis Kejohanan Olahraga Kali ke 91, Tahun 2019, Sekolah Methodist Girls’ School. Nak taknak kena jugaklah pergi sebab tahun ni Yaya masuk cheer lagi. Tempat kejadian masih sama di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Yaya masih rumah Lee. Dan kali ni pun masuk cheer jugak macam tahun lepas. Tema rumah Lee tahun ni ialah The Incredible.

Tahun lepas rumah Lee dapat tempat terakhir tapi tahun ni cheer dapat tempat ketiga. Pastu perbarisan pun dapat tempat ketiga gak. Dan paling membanggakan Rumah Lee dapat nombor 1 untuk Papan Kenyataan @ Board tercantik. Walaupun keseluruhan tetap jugak dapat tempat terakhir tapi sokayy, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Kekurangan rumah Lee ni sebab diorang takde atlet.

Macam tahun lepas jugak, selesai majlis, kami ke Velodrom Cheras nak pekena ayam kampung. Pagi-pagi lagi dah terbayang uii.


: : Sirap limau yang sedap gila plis : :

Nah video Yaya dan kawan-kawannya. Nak baca entry tahun lepas boleh KLIK SINI.