8 Ramadhan Terakhir

Kita sambunglah sikit cerita beberapa hari sebelum Ramadhan berakhir tahun ini ya. Sempat lagi sekali berbuka kat rumah Kaklong. Kali ni Adil sekeluarga pun ada. Dan kali ni Mama masak laksa pulak. Sedap sangat seperti kebiasaannyalah..


: : Beli food dalam dulang tu masa jualan Koperasi kat office : :


: : Roh rajin menjelma, lalu memasak untuk juadah sahur : :

Encik Z ajak pergi Pasar Ramadhan Taman Samudra Batu Caves. Dua kali jugaklah kami repeat. Laksam tu ramai sangat orang beratur nak beli hah. Tapi memang sedap pun. Udang pun sedap.

Celebrate birthday Kak Wati yang ke 45 tahun. Macam biasa, saja suka-suka order delivery surprise ramai-ramai. 

Beli handbag dari Sometime. Best beg ni sebab boleh jadi backpack, sling dan pegang camtu saja (alasan). Tapi belah dalam macam sempit sikit, tak boleh sumbat banyak barang.

Kita beli wallet baru jugak wak hehehe. Macam dah lama takde cerita pasal dUCk kat blog ni kan? Walhal saya ada je membeli barang dUCk especially macam aksesori. Shawl dan tudung dUCk saya tak beli dah. Hashtag dUCkRehab.

Weekend terakhir sebelum raya, ajak Encik Z keluar cari baju raya. Memula pergi Melawati Mall sebab memang dah aim nak cari baju kat butik Rina Salleh. Dah ada yang berkenan, takde saiz pulak. Adudududu.. Singgah Jubahsouq sebab ada berkenan jubah hitam tengok kat instagram. Tapi bukan untuk raya la. Ada sehelai last piece, display.  Zass sambarlah kita yer. 

Belek lagi instagram. Ada berkenan jugak dengan baju kurung dari butik Inhanna. Diorang ada kat Modvier Bangsar. Ajaklah Encik Z ke sinun. Last resort lah ni kiranya. Kalau takde jugak, I pakai je lah baju apa yang ada dalam almari nun.

Pun sama, dapat last piece yang display. Boleh lah memandangkan harganya pun RM151 saja lepas diskaun. Rupanya ramai jugak yang last minute shopping macam I ni ha. Bersesak-sesak manusia. Dah la fitting roomnya sempit dan gelap huhu. Lepas ni sila lah bersedia dengan lebih awal ya, Normaya.  Tudung bawal Kekaboo Belleboo tu nasib baik memang I beli awal-awal secara rawak. Kalau tak, mana pulak nak cekau tudung nya ha.

Itu je lah kot serba sikit mana yang sempat dan mana yang I ingat nak snap gambar dan story. InsyaAllah, panjang umur kita jumpa lagi Ramadhan 2020 ya..

1 Ramadhan – 73kg
15 Ramadhan – 68.2kg
30 Ramadhan – 66.6kg
6 Syawal (hari ni) – 67.8kg