Majlis Anugerah Kecemerlangan 2019 SMGS

27 April hari tu berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan 2019 MGS. Walaupun I dah bukan AJK PIBG tapi I dijemput juga sebab Yaya terima 2 anugerah. Anugerah Murid Terbaik Pencapaian Akademik Tingkatan 2 dan Anugerah Murid Terbaik Pencapaian Akademik Dalam Kelas. Alhamdulillah syukur.


Dan secara automatiknya nama Yaya diletakkan di dinding sekolah. Tipulah kalau I sebagai Ibu tak rasa bangga kan. Cuma tu lah dia, masih jauh lagi perjalanan awak Yaya. Mommy pun dulu bukan lah bodoh sangat, tapi bila PMR terus ke laut dalam perginya huhu.

Yaya tak pakai uniform sekolah sebab lepas terima anugerah ni dia buat persembahan mendeklamasi sajak. So cikgu kata pakai je lah terus sebab takut tak sempat nak bertukar baju bagai.

Yaya mendeklamasikan sajak bertajuk Guru. Berani dia naik atas stage, Mommy kat bawah yang nervous takut dia lupa line.

Kau tengok Encik Z, tudung I senget benget idok ler nak ditegurnya. BTW I pakai tudung bawal dari Kekaboo bertajuk Belleboo. Tudung bawal biasa je tapi bidang ia besar dari Aidijuma. Suka sangat. Jubah pun baru dari @muslimahclothing . Beli As-Is. RM40 je. Murah kan kan kan hehe..

Kebaya Yaya tu petang semalamnya baru cari kat AEON Big Wangsa Maju. Iyerlah, budak tu bukan banyak nau pun baju kurung / kebaya. Dah ulang pakai sebelum ni dah kat sekolah. So sokayy je la beli baru. Cuma patut cikgu-cikgu inform la awal. Sebab mula-mula kata diorang nak sediakan baju, tapi pastu takde.

Anak Azman & Kak Zie, Damia pun ada sekali dalam majlis ni. Sebabnya PT3 tahun lepas dia dapat 8A. Terror sungguh. Harap Yaya sama la contohi Damia nanti.

: : Geng lepak Sasana Kijang : :

Tak lama dah nak PT3 ni. Tinggal 4 bulan je lagi. Semoga dipermudahkan urusan pembelajaran anak-anak kita semua. Amin…