Happy Secretary’s Day!

Macam biasalah bulan April, bulan setiausaha. Tanya boss boleh tak kalau nak pergi course kat luar. Dia kata ok, I received a few brochures jugak. Belek belek telek telek, rasa yang ni ok kot sebab tengok isi kandungan takde la cakap pasal time management ke, teamwork ke apa. More to motivational. So, ayuhlah kita.

Tarikh kejadian ialah pada 24 & 25 April bertempat di Parkroyal Hotel sana. Course start pukul 9 pagi, I pukul 7.45 pagi dah terpacak sampai ha. Tak ramai pun, cuma 11 orang je, tapi happening jugak lah.

Macam biasa, course ceni memang makan aje lah kerjanya. Paling best bila ada seafood macam udang dengan mussels. I can eat this everyday you know. Pastu ternampak ada rendang sotong. First time kot tengok rendang sotong. Ambik sikit sebab nak rasa. Agak pelik rasanya. Dah la setiba-tiba ada kacang panjang. Motip?

Kena tulis 4 perkara yang menggambarkan diri  kita. Lepas tu kena bercerita tanpa sebut perkataan-perkataan yang kita tulis tu. Senang bebenar diorang teka saya ni haa.. Simple, Black, Traveller, Modest. Gitu..

Ada 3 orang je penceramahnya. First Puan Julia, second Dr Andrew dan third Puan Mursidah. Tiga-tiga pun best sangat. Normaya ni jenis yang mudah bosan dan susah terhibur kalau pergi course-course ceni. Tapi kali ni alhamdulillah tak mengantuk, tak boring.

Dr Andrew share tentang diet dan pemakanan. Salah satunya ialah Bulletproof Coffee. I memang tak pernah dengar. Boleh cuba untuk gantikan hidangan breakfast. Good for diet dan kurangkan kolesterol. Beliau terangkan juga jenis-jenis makanan yang boleh dan tak boleh dimakan masa diet. Banyak sangat info kot, tak tertulis kat sini. Kalau nak, korang google lah Dr Andrew Chiew. Panggil ia datang bagi talk. Best.

Puan Julia dan Puan Mursidah banyak share tentang cerita dan pengalaman yang kena dengan situasi dan keadaan I sekarang. Benda yang kita terlupa dan terlepas pandang, tapi betul dan kita je selalu hidup dalam penafian. Macam mana nak lupakan perkara silam, macam mana nak forgive and forget. Kata Puan Mursidah, orang yang forgive tapi tak forget tu, it is not true forgiveness.

Eh pendek kata memang bestlah course I pergi ni. Memang I bagi 5 bintang.


Nak tau kenapa I renyih sampai telinga tu? Ceritanya, I menang lucky draw! Bukan 1, tapi 2 kau. Akhir-akhir ni I selalu bertuah.  Baiknya Allah selalu bagi rezeki kat I, walaupun I ni ke laut je kerjanya huhu.

I menang 2 Hari 1 Malam di Executive Deluxe Room termasuk breakfast untuk 2 orang, ke mana-mana antara salah satu hotel berikut iaitu Vistana Kuantan, Vistana Bukit Jambul Penang atau Vistana Kuala Lumpur.

Satu lagi, I menang Weekend Buffet Hi-Tea untuk 2 orang, di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Jom, siapa nak teman I pergi Kuantan & Hi-Tea?