Baru 36 Faradi

19 April hari tu birthday Faradi. Lunch tu kitorang keluar pergi Sogo nak birthday lunch lah kiranya. I dah terbayang nak makan steak kat NY Steak tapi rupanya dah tutup. Adududu.. Terpaksa la bertukar haluan. Lalu ke Tenmaya restoran Jepun.


: : Nanti nak repeat lagi pergi sini nak makan sarada @ salad ini. Nampak sedap! : :


: : Lepas tu pergi tapau ice blended Starbucks. Sedap sangat Dark Caramel Coffee Frapp ini : :

Memang dah arrange delivery suprise pada Faradi. Ni namanya pakatan untuk menggembirakan hati sendiri hehe.

: : Ahli pakatan terdiri daripada Kak Wati, Kak Wan, Normaayah dan Umi : :

Selamat Hari Lahir Yang ke 36 Farrah Dila! Aku doakan yang baik-baik untuk kau. Terima kasih sudi jadi kawan aku. Yang sudi dengar luahan hati dan emo aku hari-hari. Semoga kita kekal berkawan sampai syurga ya. Sayang kau!