Annual Medical Checkup

Dah masuk umur 40 tahun ni, kenalah pergi buat annual medical checkup. Syukur alhamdulillah B** sponsor. Walaupun ada limit, tapi tetap syukur. Untuk pertama kali ni I pilih Beacon International Specialist Centre. Sebabnya ialah ada kawan pergi sekali. Pastu transport disediakan. Breakfast dan lunch juga disediakan. Dan siap dapat free gift lagi.


: : I ambil pakej ni : :

Kena puasa dari 12 tengah malam sampailah selesai ambil darah, xray semua. Lepas tu baru dapat breakfast. Ini namanya kiasu dapat makan fre. Berapa kali aku repeat ehehhehe. Siap buat roti titab lagi haa hiks.

Tak sempat makanan nak turun, dah disediakan lunch pulak. Sekali lagi kiasu menguasai diri. Tak makan rugiiii hehehehehe..

Urusan semua settle awal jugak, dalam 10.30 pagi. Tapi Kak Wan & Yar nak tunggu ambil report terus, sebab taknak ulang alik kena datang lagi sekali. So I pun oklah tunggu sampai report keluar dan consultation dengan doktor.


: : Ni free gift yang I dapat : :

Dalam pukul 3 petang camtu baru dapat jumpa doktornya ha. Dan keputusannya adalah :
1. Kepekatan dan saiz darah I kurang normal. Memang dalam keluarga I ada sejarah penyakit talasemia. Kiraan sel darah putih tinggi sikit.  Bacaan platelets normal antara 150 – 400 tapi I punya 477
2.  Lemak dan kolesterol I tinggi. Normal paling tinggi pun 2.58 tapi I punya bacaan 3.75. Doktor suruh cuba turunkan at least 3.5
3.  I punya suntikan Hep. B not detected. Doktor suruh pergi ambil suntikan balik
4.  Dan yang terakhir sekali, pesanan penaja dari doktor. I kena turunkan berat badan sebanyak 17kg. Ngko biar benar doktor? 56kg tu berat 15 tahun lepas tuuuu tskkk

1  Ramadhan = 73kg
15 Ramadhan = 68.2kg

Hashtagsiscuba