#NormayaGolden40th : Teluk Kemang

Alang-alang dah berpeluh ni jom lah cari makan tengah hari. Diorang berdua kenyang sebab tadi breakfast banyak katanya. OK, tapi Mommy lapar ni, ayuhlah cari nasi. Terus je teringat kedai asam pedas masak lemak cili api yang pernah pergi dulu. Awal lagi ni, orang pun tak berapa ramai, sedang elok terus ambik lauk. Tapi masalahnya kan, asam pedas pun nak, masak lemak cili api pun nak gak. Dilema sungguh.

Last-last ambik asam pedas daging tetel letak dalam mangkuk, dan ambik sayur rebung masak lemak cili api. Haa dua-dua dapat merasa.


: : Depa dua minum air kelapa & coconut shake : :

Lepas tu singgah pulak kat PD Famous Cendol Coconut Shake ni pulak. Mula macam nak beli cendol, pastu tak jadi lah. Beli coconut shake jugak.


: : Yaya nak milo kepal : :

Lepak kejap tepi pantai layan angin sepoi bahasa sambil pekena coconut shake.

Tapau putu bambu world sebelum balik hotel, buat kudap-kudapan petang.