#NormayaGolden40th : Flowers

Balik bilik, kami nak meneruskan projek/misi. Sebelum tu, tengok bunga yang Encik Z bagi ni, alahai sweet sangat warna pastel camni. Kesungguhan ia nak jugak buat surprise tu pun sama sweet jugak. 

Projek mencabut kelopak bunga untuk disusun di atas katil. Nak upah orang buat, kan ke mahal. So kita DIY sendiri untuk suka-suka, untuk kenangan. I ni memang jenis tak sabar orangnya, Encik Z la siap tolong cabut kelopak bunga ni, susun pun siap ukur centre ke tidak. Yaya pun sama, rajin je melayan I. 


: : Not bad lah kan : :

Selesai bergambar dan ambik video, kutip balik kelopak bunga ni semua dan letak dalam bath tub. Tambah titisan essential oil Lavender Young Living, dan kita berendam lah, apa lagi!

Sementara tu, Yaya mintak izin nak pergi mandi kat kolam depan tu. Dia tak boleh masuk kolam dewasa sebab yang tu untuk 18 tahun ke atas saja. Okey nak, pergilah. Izinkan Mommy berendam sebentar. Sementara tu si Ayah melelapkan mata.