#NormayaGolden40th : Evening Cocktails @ Avi Lounge with Z

Avi Lounge ni kiranya macam trademark Avillion ni lah. Tempat lepak, minum petang dan paling best tengok sunset. Kalau ambik bilik Premium Water Chalet akan dapat kemasukan untuk 2 orang ikut berapa malam kita duduk. I tak sure bilik mana yang dapat / tak dapat. Tapi Water Chalet tak dapat. Tapi jangan runsing, siapa yang nak masuk dalam Avi Lounge ni boleh bayar lain. RM68 per person. Dan dan dan, cuma yang berumur 12 tahun saja boleh masuk ya.


: : Kena tanggalkan kasut dan pakai selipar bilik ini : :


: : Boleh pilih minuman, refill maksimum 2 kali. Jangan kau order air mabuk pulak. Sis kaki nanti : :


: : Ada salad, sandwich, kek, pastries : :

: : Nom nom nom : :

Baru nak suap makan, nampak sorang perempuan ni sorang-sorang tengah selfie. Tanya dia nak tolong ambikkan gambar dia tak. Suka dia. Lepas tu dia pulak tolong snapkan gambar kitorang. Baik cepat katanya nanti lagi ramai orang. Tak dapat buat apa lah kan bila ada orang lain duduk sama kat bahagian ni. Takkan ngko nak halau pulak yer dok?

Gambar bawah ni mintak tolong Nikol editkan. Dia kata dia tak pandai, tapi I paksa jugak haha. Dapatlah hasil di bawah. Boleh lah tu, janji gambar orang lain dah takde.

                : : Gopro I dah start buat hal dah. Tskkk… : :

Masuk dalam balik sambung nak makan. Dua gambar bawah ni sebab nak tunjuk senyuman I tu. Kadang kan, rasa dah habis senyum dah, tapi bila tengok hasilnya, eh macam tak senyum pun. Jangan nak suruh I senyum nampak gigi k. Sebab I senyum nampak gigi tak lawa. Walaupun hakikatnya tak lawa mana ponn ehehehe.

: : 19:01 – 19 January – 19 : :

Sunset!! Tapi tak begitu kelihatan sebab awan tebal.

Tips kalau nak masuk Avi Lounge ni, korang datanglah awal before 6petang. Beratur je awal. Sampai-sampai terus snap gambar dulu sebelum orang ramai. Lepas tu baru ambil food ok?