#NormayaGolden40th : Birthday Dinner @ The Verte

Malam tu, 19 Januari 2019 di hari lahir I yang ke 40 tahun, kami dinner di The Verte. The Verte ni adalah salah satu restoran dalam Avillion Port Dickson ni. Tapi tempat ni macam sunyi sikitlah, tak ramai orang, maybe orang lagi suka makan kat coffee house dalam building Avillion tu sendiri. The Verte ni sebelah luar sikit tapi still dalam compound Avillion lah.

: : menu : :

Lepas order, dan sementara tunggu food sampai, tiba-tiba Yaya hulur hadiah. Dia kata maybe Mommy tak pakai, tapi Yaya nak bagi jugak. Gamak kesian nengok Mommy nya takde hatta seketul cincin pun di jari. Yer, I memang takde barang kemas bagai ni. Kesian tak? Heee.. Thank you sayang.


: : French Onion Soup with Cheese Crouton : :


: : Portugese Baked Seabass : :


: : Teriyaki Chicken : :

Takde order dessert dah sebab masing-masing dah kenyang. Makanan semua sedap, no complaint.

Selamat tinggal dunia 30an. Kita takkan bersua lagi.
Selamat bertemu 40an. Semoga baik-baik saja  untuk kita 🙂