#NormayaGolden40th : Avillion Port Dickson

Setelah membuat pertimbangan gitu gini, akhirnya I pilih untuk birthday trip short getaway ke Avillion Port Dickson. Walaupun I tak berapa minat pantai, tapi Port Dickson akan always have a soft spot di dalam hati ini. Gitu…

I book Avillion direct dari website diorang, tapi diorang divert kan ke Agoda. RM1,153 untuk 2 malam. Bilik Premium Water Chalet.


: : Susunatur bilik-bilik di Avillion : :

Nama bilik semua ikut nama bandar/kota negara ASEAN. Tumasek, Acheh, Rangoon, Cochin. I dapat Acheh.

Awalnya cadang nak pergi berdua je dengan Encik Z. Honeymoon la konon. Tapi macam kesian pulak nak tinggal anak dara tu. Nasib baik jugaklah bawak sebabnya memang ada katil ke tiga kat tepi tingkap ni. Molek benarlah dia boleh tidur situ.

Toiletnya luas dan bagi saya uniklah. Shower belah atas tu open je. Belah bawak pulak direct nampak laut. Cuma kalau nak pergi toilet malam-malam, macam seram sikit la hehe.

Lepas check in, ronda-ronda kawasan sekitar kejap.

Dah dekat pukul 6 petang, siap-siap nak pergi hi-tea dekat Avi Lounge pulak 🙂