#NormayaGolden40th : Aktiviti di Avillion

Bilik Premium Water Chalet ni didatangkan sekali dengan breakfast untuk 2 pax. Untuk hari ni, I suruh Encik Z dengan Yaya je pergi breakfast sebab I nak tidur lama sikit. Bangun dari tidur I ngap je la roti dulu sementara tunggu lunch.

Pukul 10 pagi dah berjanji-janji nak jumpa dekat tempat bagi makan arnab. Dah ramai orang menunggu dah ha. Tapi dapat la jugak kitorang menyelit masuk.

: : buat kuah lodeh pun sodap ni : :

Section ni kiranya macam trademark dan tarikan jugaklah kat Avillion ni. Budak-budak seronok, mak pak budak pun happy bila anak-anak seronok kan. Jap, seronok dengan happy tu sama la kan? Ke bukan? Seronok = enjoy. Happy = gembira. Apa-apa je la Normaya, janji readers paham sudah.

Selain arnab, ada jugak kura-kura, ayam dan burung. Pandai-pandailah selit nak bagi makan ke, bergambar ke cemana. Jangan gaduh-gaduh. Jangan kiasu sangat.

Selesai kat sini, kami jalan sampai hujung. Tumasek Beach. Lepas tu kami ala-ala brisk walk dekat area Nature’s Walk. Ingatkan boleh pusing ke belah luar Avillion sana, tapi tak boleh, or dah tutup, I tak sure.

: : Dalam gambar Yaya ni nampak tinggi je kan. Realitinya tak tinggi pun ia ni. In fact antara kawan-kawan, ia paling rendah : :
Semangat semua kan nak walking trekking bagai, nampak lah satu laluan tangga naik atas. Dengan yakinnya Encik Z pun naik atas, kami pun mengekor. Rupanya memang kawasan terbiar. Ada hotel lama yang dah tutup kat atas nun. So spooky.

Briskwalk lah kejap dalam 20 minit camtu, pastu saya Encik Z dan Yaya berpecah sebab Yaya nak sambung jogging. Saya dengan Encik Z nak ke gym. Ceritanya gym ni bawah umur 18 tahun takboleh masuk. Sian anak kita.


: : Salah satu aktiviti di Avillion. Tapi kami tak nonton : :

Swimming pool ada 2 jenis. Satu untuk kanak-kanak, tapi dewasa pun boleh. Yang satu lagi tu memang khas untuk dewasa. Dan bestnya, dibuka 24 jam.


: : Kolam dewasa. Kau tunggu situ jap. Nanti kakak datang : :