Blackpink In Your Area

I kan.. ingatkan semua orang tau Blackpink. Rupanya ramai jugak yang taktau, tak kenal eh? Walaupun diorang dah ada dari tahun 2016 kot huhu. Tskk.. Blackpink adalah kumpulan pop dari Korea yang dianggotai oleh 4 orang gadis iaitu Jisoo, Jennie, Rosé and Lisa. Ayat suratkhabar sangat.

Takpelah, tak penting pun kenal ke tidak. Ceritanya Blackpink buat world tour concert. Tidak terkecuali lah di Malaysia ini. Diorang buat konsert dua hari, 23 & 24 Februari 2019 kat Stadium Malawati Shah Alam.

Tiket dah dijual awal tahun lagi. Masa tu Yaya dah suarakan lah hasratnya. I kata, kalau ada duit beli la sendiri haha. Yang sebenarnya I nak jugak pergi, tapi masa tu tahap kewangan tak begitu memberangsangkan, so I pandang sepi je lah. Yaya pun macam dah pasrah.

Tapi, itulah dia, kalau rezeki tak ke mana. Nak jadi cerita, kawan kelas dia, Naz, menang contest Astro. Dapat 2 tiket konsert Blackpink ni. Boleh je la kalau dia nak jual ke, ajak adik beradik ke kan, tapi dia nak ajak Yaya. So, rezeki awak lah Yaya, dapat pergi konsert Blackpink ni.

Di hari kejadian, pagi tu I ada mesyuarat Agong PIBG. Tahun ni I tak terpilih dah jadi AJK PIBG. So sad. Haha takdelah. Takde rezeki la kan, nak buat cemana. Lepas habis mesyuarat, ambil Naz dekat rumah ia, pastu terus saja lah ke Shah Alam.

Waze lah nak cari makan kat mana yang dekat. Waze direct kan ke Tanah Aina Cafe by Farhana’s Oven, di Batu Tiga Shah Alam. So ayuhlah kita. I memang tengah lapar gila masa ni.

: : Air pun nak pink jugak hehe : :

OK jugak la food kat sini. Boleh la repeat lagi pergi sana kalau tersesat ke Shah Alam nanti bila-bila.

Meriah kat luar stadium dengan orang berjual-jualan. Budak-budak ni pun dok shopping. Tu apa atas kepala Yaya tu dibelinya. Jaket Yaya pakai tu jaket I tau tak. Sekarang kau suruh pakai, mau sangkut sampai ketiak je sobss…

Haa.. depa beli tshirt. Pastu apa benda macam hammer tu. Keluar lampu, siap boleh ikut rentak lagu. Mahal tu tau tak. RM100! Nasib pakai duit sendiri. Tshirt pun diorang beli, tu yang terus tukar baju tu.

I pun shopping gak. I beli tshirt dengan paper bag, eh bukan paper bag, plastic bag kot, taktau namanya. Terselindung plak dalam gambar bawah ni. Pastu beli air tembikai RM5. Pengsan, mahal.

Balik malam tu jemput diorang, pastu sembang la, katanya kamera tak boleh bawak masuk. Handphone pun kalau security nampak orang rakam, kena sound. Hek eleh sangat tau. Walhal lepas tu I tengok berlambak je orang letak kat igstory. Konsert camni takyah la nak strict sangat, bukannya konsert kat Istana Budaya ke, Dewan Fhilharmonik Petronas ke.

Overall budak-budak ni happy. So Mommy pun tumpang happy jugak lah walaupun tak dapat pergi. 

Oh wait til’ I do what I do
Hit you with that ddu-du ddu-du du!