#NormayaGolden40th : Welcome to 4 Series Normaya

19 Januari 2019. Selamat Hari Lahir Yang ke 40 Tahun, Normaya!
Hari ini Sabtu, dimulakan dengan menghadiri majlis kenduri kahwin anak kepada officemate I iaitu Kak Zai. Manager paling garang di FSA. Lulz.


: : Yaya & Damia : :

Lepas tu meneruskan perjalanan ke destinasi hashtag #birthdaytrip #shortgetaway . I ada letak poll dekat Instastory beberapa hari sebelum tu, tanya followers sama ada nak pergi bercuti atau mereput di rumah. Ada jugak yang suruh mereput di rumah. Sampai hati korang kan. Ceritanya sebab birthday ke 40 plus jatuh pada weekend plus cuti panjang, tu yang macam jom lah pergi bercuti-cuti. Gitu..

Berhenti sebentar beli jajan dan Caramel Frapp. I ni kan, lepas makan nasi lauk pauk kan, mesti rasa nak minum kopi je sekarang. Nampak gaya plan diet memang ke laut lagi la ni. Berat badan I sekarang stop setakat 69.5kg je. So sad. Tapi tu la, takat sad tapi takde tindakan pun tak guna jugak kann.


: : Bila kau nak feeling bergambar anje anje, pastu laki kau lalu dan bagi jelingan maut : :


: : OOTD di hari lahir. Jubah kaftan yang dibeli di Kelantan. First time pakai nih : :

Demikian Allah berfirman: (maksudnya)

“dan Kami berpesan kepada insan agar berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan kepayahan dan melahirkannya dengan kepayahan, dan tempoh mengandung beserta menceraikan susunya ialah tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat matang yang sempurna dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, maka dia berdoa: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah untuk kebaikan dalam zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)”
(Surah al-Ahqaf: 15)