Selamat Bersara Kak Mas & Kak Noni

Seronok tengok orang yang dah nak bersara ni. I lambat lagi. 16 tahun lagi kalau panjang umur dan masih diberi rezeki kat B** ni.
Mula-mula Kak Nani, 20 Disember 2018, tapi ia department lain lah. Cumanya saya baik jugak dengan ia sebab ia jenis ramah tamah, kepala boleh tahan masuk air. Last day ia datang kat FSA ni nak babai babai. Kitorang share-share duit beli hadiah untuk Kak Nani. Bye Kak Nani, gonna miss you…

24 Disember pulak, last day Kak Mas. Kak Mas ni I kenal dari zaman mula-mula masuk B** dulu, department pertama JSP. Lepas tu baru Kak Mas join FSA ini.  31 Disember pulak last day Kak Noni. Kak Noni, manager paling baik di FSA ni. Tak ramai staff kerja masa ni, sebab yerlah hujung tahun cuti bersambung-sambung.

Sebelum tu, farewell lunch untuk both of them. Buat di Hornbill Restaurant, KL Bird Park, on 20 Disember 2018. I yang uruskan A to Z, sebab yer lah I kan AJK K’RISMA. I suka je pun uruskan program-program macam ni.


: : Jambangan bunga dan hadiah untuk mereka berdua : :


: : Butter prawn tu paling sedap : :

Last day Kak Mas, I dan beberapa ketul yang kerja ni belikan Kak Mas belon dan brownies. Kak Mas pulak belanja KFC.

: : Selamat bersara, Kak Mas.. Thank you and sorry for everything.. (kes pernah sentap kecik hati dengan Kak Mas huahuahua : :

Untuk Kak Noni pun sama jugak, on her last day kitorang celebrate kecil-kecilan. Beli brownies dan belon. Kak Noni belanja pizza Domino’s. Sebab tak ramai orang, so memang best lah berjimba berborak.


: : Bye Kak Noni! Sobssss… : :

Akan datang ada 2 orang lagi staff yang akan bersara. Bulan Februari dan bulan Mei. Nanti I update lagi k. Selamat bersara Kak Nani, Kak Mas & Kak Noni. Selamat berehat di rumah 🙂