Night of Animation

Biasanya Annual Dinner office I ni dibuat selang 2 tahun, berselang dengan Family Day, tapi tahun 2017 ada, tahun lepas pun ada jua. Rezeki dikongsi bersama gitulah konsepnya.

Tahun ni buat on 24 November 2018 di KL Convention Centre. Temanya Night of Animation. I ni dah siap la nak pakai jubah dress nya tapi kena racun dengan KakGee suruh pakai ala-ala animasi, terus berubah haluan kiri. Sudahnya pakai jeans, sport shoes dengan sweater Mickey Mouse yang I beli kat Hong Kong dulu. First time ni attend dinner pakai camni. Gemuk tak dapat dibantu. Maafkan sis.

Sampai-sampai ada la aktivitinya macam bergambar di photobooth semua tu. Nampak Faradi, terus ler ajak bergambar dulu. Kami table lain-lain. Tahun ni I pilih duduk kat table officemate Encik Z.

: : Officemate Encik Z dan spouse masing-masing : :

Masa berlegar-legar kat luar tu, setiba-tiba ada orang tegur dan bisik kat Encik Z. Pastu dia bagi signal nak bergambar dengan I. I ketakutan sebab tengok dia in character sangat. Rasa macam ‘Eh kau ni sapa nak bergambar dengan aku pulak. Dengan suami aku kat sebelah sengeh-sengeh’. Tengok muka cuak I. Pastu Encik Z bisik ‘Fay’ lah. Terus I sepak dia. Eeiieieiei menakutkan orang je!


: : Pengacara majlis Sharol Shiro & Aliff Satar : :

: : Artis undangan Syafiq Farhain, Idayu AF, pastu juara Mentor yang baru-baru ni tak ingat nama dengan sorang budak tu Adinda apa ke namanya. Ada jugak persembahan silap mata tak ingat jugak nama, tapi famous la yang pernah masuk program Got Talent, adoiiiii apa pun tak boleh la kau ni Normaya. Serba tak ingat semua : :

: : Menu Chinese food standardlah kan : :

: : Sempat lari keluar jap bergambar dengan My Girlfriends. Missing you Kak Shida! : :

: : Berdua lebih baik : :

: : Payiet Manjola : :

: : AJ yang baru menyambut hari lahir yang ke 26 tahun semalam : :

Rezeki I dengan Encik Z kali ni. Dedua nama naik dapat Lucky Draw. I dapat LG Wifi Sound Bar. Encik Z dapat alat untuk cek tekanan darah. Setakat entry ini ditulis dua-dua benda alah ni masih terdampar sepi kat rumah ehehe.

Terima kasih B**!. Panjang umur kita jumpa lagi tahun depan…