Dengan Lynda

Dok tengok Lynda update kat socmed dia dengan hashtag farewell lah, resign lah, next me lah, so I pun text la dia tanya kenapa. Rupanya dia nak resign, nak berhijrah ke negeri lain. Terus pong pang set nak jumpa. Kalau jumpa siang takut tak sempat borak, so decide nak tidur satu malam kat mana-mana. Dalam kepala I dah terbayang area Bukit Bintang, sebabnya situ tempat kitorang selalu lepak masa muda mudi dulu, tup tup Lynda pun sebut suruh cari hotel area situ. Google sana sini, ok decide nak stay kat Ibis Bintang. Tapi awas ya ni bukan Ibis yang meletup tu, ni 2 star saja eheheh. Tapi location wise, strategic lah. Harga RM130 book via booking.com.


Jumpa pun dah pukul 11 malam lebih dah. Letak barang dalam bilik, terus kitorang jalan cuci-cuci mata tengok buskers, pastu lalu kat Jalan Alor tu. Berzaman kot dah tak lalu sini. Lepas tu pergi urut kaki kat Bintang Warisan Hotel. Best budak Mongolia ni urut. Nombor ia 10. So next time kalau pergi lagi boleh request nak dia. Lepas tu lepak mamak minum susu halia.

Malam tu bersembang sakan, mengimbau balik cerita dulu-dulu. Siapa pembaca setia blog I ni tau la kot perjalanan persahabatan kami. Haishhhh rindu rindu. Bukan rindu zaman lagho atau jahilliah tapi rindukan kenangan zaman remaja. Yang gelak ketawa, tak fikir masalah. Duit takde pun tapi happy-happy je. Takde istilah membawang mengumpat ke apa. Hidup dalam dunia sendiri je.

Ok lah sikit ringkasan persahabatan I dengan Lynda ni. Kenal dari umur 16 tahun kat Sekolah Menengah Vokasional Taiping, berkawan rapat, siap ikut dia balik kampung kat Seremban. Ikut dia pergi rumah Maklong dia kat KL.  Kitorang pernah duduk serumah kat Taman Bukit Angkasa, setahun jugak lah. Dulu takde social media kan, so on off lah contact tu. Tapi alhamdulillah tak lost contact. Eh Lynda kahwin dulu pun I siap jadi pengapit tau. Tapi dalam persahabatan biasalah mesti ada turun naik, gitu jugaklah kami ini. Takmau ingat yang sesedih, kita ingat yang happy-happy je k. Pong pang menyembang, hah ambik kau pukul 4.30 pagi baru tidur.

: : Lepas check out, gi makan Nasi Ayam Chee Meng : :

                                       : : Kerabu mangga tersedap : :

: : Umur sama, tapi kau tengoklah saiz badan kitorang. Lynda ni jenis aktif, cycling lah, trekking lah, climbing lah, marathon lah. I  ni, makan tidur makan tidur, acanoo : :

Lepas tu sambung mengopi kat Sunway Putra Mall pulak.

Balik tu Lynda hantar I sampai rumah. Lalu lah dekat Jalan Sentul ni. Terjerit excited Lynda lalu rumah sewa lama dia dulu. Flat Sri Kelantan. I pun selalu lepak kat situ dulu, masa tu Lynda dah kerja, I tengah study dekat Politeknik Port Dickson, so weekend lepak dengan dia lah. Pernah terkurung dalam rumah sebab tombol pintu kunci rosak. Nasib kawan Lynda datang rescue. Kalau tak, terkurunglah sampai petang Lynda balik kerja hehe.

Selamat berhijrah ke tempat baru, Lynda. Semoga dipermudahkan segala urusan. Kau jaga diri baik-baik. Kalau ada apa-apa nak share dengan aku, insyaAllah aku sentiasa ada untuk kau. Paling penting, ingat Allah sentiasa ada dengan kau. Aku sayang kau sangat-sangat. Dan kau pun kena sayang diri kau k? Panjang umur, ada rezeki kita jumpa lagi…