Ikan Bakar Parameswara

Malam tu kami dinner kat Ikan Bakar Parameswara. Yana tolong reserve kan seat sekaligus belanja semua orang. Thank you Mama Yana! Semoga dilimpahkan rezeki berlipatganda lagi hendaknya. Amin.

Bertahun jugak dah rasanya saya tak makan kat Ikan Bakar Parameswara ni. Dah besar dah kedai diorang, dah ada parking lot sendiri dah ni ha.
Tapi komen tentang food, hmm.. macam biasa-biasa aje kot? Ke sebab dah tua, tekak pun dah takdapat nak beza food sedap dengan tak sedap?

Yana tanya dalam group whatsapp Adik Beradik nak order food apa, saya saja je la bagi apa yang terlintas di kepala. Tengok tengok haaa ambik kau bebetul dia order semua yang saya sebut. Mama dah risau-risau banyak-banyak siapa nak makan ni. Tapi alhamdulillah macam takdela lebih banyak sangat. Ada lebih sikit diorang tapau bawak balik.

Lepas makan Caca naik kereta kitorang sekali. Sambil pusing-pusing bandar Melaka kitorang main macam-macam game. Memula game ala-ala Super Spontan tu, yang ayat penyata & ayat soalan. Lepas tu main teka nama lagu mengikut perkataan yang diberi. Macam kena nyanyi lagu yang bermula dengan Kasih, atau lirik lagu yang ada Cinta. Lepas tu pulak main game nama celebrity/character start dari huruf A ke, B ke, C ke. Pepelik nama artis si Caca bagi. Memang mengekek gelak je lah dalam kereta. Siapa tengok igstory saya tau la mengilai nya saya jerit dan ketawa.

Igstory platform paling cepat nak update nowadays kan? Tapi ada jugak yang tak suka, siap keluar statement ‘Artis ke kau nak buat igstory setiap masa?’ Alahai… masing-masing punya cara lah, sayang. Tak suka takyah tengok. Ada orang paksa ke? Takde kan. Kenapa asyik nak kondem cara orang lain ya? Orang tu ganggu life awak ke pun? #takfaham