Asam Pedas Viral

Lepas check out, haruslah semua melapar. Ingat nak cari makan dekat-dekat je sebab lepas tu nak hantar Mama kat rumah Yana.  Lalu la kat satu kedai asam pedas ni, ala apa ke namanya. Asam Pedas Pak Man kot? Dekat je dengan Bayou Lagoon tu tapi ramainya manusia, haruslah lama menunggu ni. Berhenti tepi jalan waze mana lagi asam pedas yang dekat, menghala ke rumah Yana. Malas nak masuk ke bandar Melaka sana. Berhenti tepi jalan, sekali pandang kiri, perumahan monyet kooo.. Sempat la campak biskut kat dorang.

Terus waze adam pedas yang menghala ke rumah Yana, jalan punya jalan tengok kedai tu tutup. Gamak bukak malam ke cemana tak tau la. Waze lagi, tah mana-mana dibawaknya. Saya kata dengan Encik Z jom je la pergi asam pedas sedap kat Banda Hilir tu, tapi ntah macam mana waze punya waze, dihantar kat Asam Pedas Hajjah Mona. Saya kata belasah je lah, dah lapar dah ni. Tapi duduk je, budak tu kata yang tinggal cuma telur ikan dengan ikan pari je. Derrr???

Saya okaylah telur ikan tu. Tapi Encik Z? Sian ia. Nasib ada ayam goreng, so Encik Z order ayam goreng je. Yaya order ikan pari, telur ikan order 2 pinggan share saya, Mama & Caca.

: : Biasa-biasa je lah pun asam pedasnya : :
: : Ayam goreng yang under cook : :

Lepas post story kat IG pasal kedai asam pedas ni,  berpusu-pusu masuk DM (ok takde la berpusu sangat hiks), ‘Kak Maya!!! Ni kedai yang viral ada ulat dulu tuuuu’
“Apa????”
Ada sorang tu siap hantar link video ikan berulat yang viral tu.
Encik Z kata video tu orang speku je kan kedai ni? Tapi tak sahih kan.

Balik tu cerita dengan Yana. Yana kata ‘Betullah Kak Ngah, kedai tu laaa’
Hahaha adoiii apa nak buat, dah makan kan. Pasrah je lah. So lepas ni kedai tu blacklist jugaklah yer.

: : Dedua manja Ayah : :

Lalu kat Pantai Klebang konon nak cuba nasib beli kuih keria, tapi panjang q bakhang. Teringin Coconut Shake Klebang jugak tapi Encik Z kata dengar cerita yang kat Semabok pun sedap, tapi sudahnya beli coconut shake tepi jalan je haha. Tak sedap. Manis gula je lebih.

Lepas ni nak pergi Melaka dah senang dah sebab Yana & Adil dah pindah rumah sendiri 🙂