Hi Tea Puspanita Kijang 2018

Sepanjang bertugasan di B** ni rasanya tak pernah miss lagi kot Hi Tea Puspanita Kijang ni. Alah pergi saja nak suka-suka je pun, makan-makan, tengok artis. Untung nasib baik dapat lucky draw macam tahun lepas. Tapi tahun ni I takde rezeki lah 🙁

Tahun ni Hi Tea 9 November, macam biasa hari Jumaat. Di Lanai Kijang sana. Saya pergi dengan Faradi & Kak Wan. Kemudian tu duduk setable dengan kawan-kawan FSA. Kak Fauziah, Che Yam dan Kak Noni. Tema tahun ni ialah Dazzling Gold. I takde baju gold dan malas nak cari, so pakai je lah apa adanya baju yang ada. Jubah dari @muslimahclothing


: : Doorgift : :


: : Jumpa Hasin kat sana : :


: : Suli yang happy go lucky sokmo : :


: : Sury yang mengikut tema : :


: : Tak nampak pulak kain si Ana ni. Meletup dressing dia : :


: : Makan makan dan makan : :

Artis undangan Ifa Raziah. Suka lah dia perform. Ni baru betul performer. Pilihan lagu dia pun best, memang lagu untuk majlis macam ni la. I Am Me, Goyang 2 Jari, Syantik, Syinta Gila, Perawan atau Janda. Lagu-lagu macam ni buatkan satu-satu majlis tu meriah dan berseri, gitu.


: : Bezanya la haih rupa bentuk muka I dengan Ifa Raziah. Dia kemain runcing, I kemain bulat tsk : :


: : Eh ni gambar masa Jamuan Deepavali, tersesat pulak kat sini. Gambar kontroversi ni lol : :