First Platinum, Oppo F9

Hari birthday Yaya tu kan saya ambil half day petang. Pukul 12 dah boleh keluar dah, tapi Yaya habis sekolah pukul 1.50 tengah hari. So ajak Encik Z ke Nu Sentral dulu. Ceritanya sebab saya nak pergi Celcom, nak upgrade pakej handphone saya ni ha. Saya punya sekarang yang RM38. Dah takde pun dah pakej ni. Satu ketika dulu je Celcom buat offer. Data internet 5GB. Di zaman ini mana mau cukupnya 5GB tu, saya asyik kena top up je, so bil bulan-bulan memang biasa RM100++. Alang-alang tu mari lah kita upgrade pakej. Dan kebetulan pulak memang Celcom ada bagi free handphone kalau upgrade pakej, so rezekilah di situ.

Saya upgrade ke Pakej First Platinum, dapat free handphone Oppo F9. Sebenarnya macam sengaja jugak pilih sebab I kan #teamlofa . Menjakun la tengok gambar cantiknya la haih. Tau la iPhone ni kalau ambik gambar muka ke selfie ke, memang sebijik keluar gitu la rupa paras sebenarnya, no edit filter ke apa.


: : Dapat free 2 casing : :


Berseri-seri warna tudung Cloverush I tu kan. Both gambar atas bawah saya pakai tudung sarung Cloverush yang lawa dan terpaling selesa.

Macam biasa, kat office saya menciwi la. Saja tanya siapa nak beli. Tup tup Hakim nak. Nego punya nego, so saya pun men let go lah Oppo F9 itu. Belum ada rezeki lagi nak berOppo. Sempat lah snap beberapa keping gambar masa birthday Yaya hari tu.

iPhone saya ni baru nak masuk 3 tahun. Rasanya belum ada niat lagi kot nak betul betul bertukar pada handphone lain. Paling-paling pun biarlah pakai sampai 5 tahun, ataupun sampai OS dah tak boleh update lagi huhu. RM4800++ kot saya beli. So biarlah alah membeli menang memakai.