Financial Literacy Programme

Dekat office saya ni memang selalu ada program untuk anak-anak kakitangan. Siapa yang dah lama baca blog saya maybe perasanlah kot saya ada jugak hantar Yaya join program-program ni semua. Cuma dulu macam terkekang sikitlah sebab Yaya kan kat Taiping. Sekarang Yaya kat KL senang sikit la dia nak join program ni semua.

20 Oktober hari tu saya hantar Yaya join Financial Literacy Programme di Sasana Kijang. Program 1 hari. Selesai program pukul 5 petang, staf yang involve tu ajak parents masuk sekali dalam Conference Hall untuk tengok closing. Ada suprise,maskot si Kijang buat kemunculan. Suka la budak-budak ni semua.

Ni antara aktiviti yang diorang buat hari tu. Belajar tentang insurans.
Dan pengurusan kewangan.

Yaya kata dia having fun dan seronok kenal dengan kawan-kawan baru. OK lepas ni banyak lagi program menyusul ya. Kalau tak, asal weekend je mereput kat rumah. Takde produktiviti, not good.