CuteCarry @ Hotspring Bentong

28 – 29 September hari tu FSA ada in house training kat eryaBySurya, Hotspring Bentong. Tak rasa excited sangatlah sebab saya dah pernah pergi kan. Gambar sendiri pun tak snap. Kolam air panas pun saya tak pergi. Rakan sebilik masih Kak Wan. Banyak kali jugak teambuilding ke, in house learning ke, course ke, saya memang stay dengan Kak Wan je.

: : Rakan semeja. Khairul, Sham, Abang Kamarul, Abang Mohd Noor, Azman, Imad dan Faradi : :

Fasilitator ialah Encik Hafiz dari Cutecarry. Tajuk in house kami ni ialah Protocol And Etiquette. So ok lah, tak bosan. Encik Hafiz ni jenis lembut lembut dan lucu lah orangnya. Saya ni kan sejenis susah terhibur, tapi dengan Encik Hafiz ni lebih 10 kali jugak la saya ketawa terbahak. Compare dengan Abang Abu tu memang jauh beza la. So korang kalau nak buat course tentang protokol ke apa bolehlah considerkan Encik Hafiz ni.


: : Sementara itu Yaya saya pos kan ke rumah Kaklong : :

Nah, atas tu pesanan Encik Hafiz. So ingat ya kawan-kawan jangan mengata ‘kawan baik’. Menyesal nanti bila ikatan terputus sia-sia………