7JUH

Minggu lepas keluar dengan Masy. Tujuan asal nak pass kan magnetic pin dUCks, Masy beli dari saya 2nd hand. Saya let go sebab saya dah ada yang Basic punya. So let go yang Monogram ini. Kitorang jumpat kat Midvalley sebab nak makan kat Macha & Co. Nak makan nasi daun pisang tu lah. Tapi dah kami jumpa kemain awalnya, pukul 9.30 pagi, so set nasi-nasi ni takde lagi. Terpaksalah makan Set Breakfast saja sobs.


: : Kopi O manis melecas, dan teh o halia saya punya. Tapi halia ia tak cukup kick lah : :


: : Masy makan Puri. Saya makan set Maharaja Platter. Sokaylah, Indian food, what do u expect kan : :

Lepas tu pergi TGV beli tiket movie 7Juh. Takde la nak nonton sangat sebenarnya tapi sebab filem ni je yang ok untuk ditonton ketika itu, so zass je lah. Cerita ni macam klise jugaklah macam filem seram lain. Student pergi bercuti kat banglo, pastu sorang demi sorang dibunuh. Macam boleh agak jugak la sebenarnya jalan cerita tu macam mana.

Cuma ada la beberapa benda yang saya dan Masy cuba bincangkan dan rungkaikan mengikut turutan siapa yang mati dulu. Tapi satu moral yang saya rasa penting dan saya akan cuba terus ingatkan diri sendiri. Sekecil-kecil mana perbuatan kita, boleh memberi impak dan kesan yang teruk pada pihak lain. Jadi berhenti berkata ‘Eh aku tak buat apa-apa pun’ atau ‘Eh aku cuma cakap sikit je’. Nak suruh korang nonton macam tak berbaloi, so tunggu je la keluar TV nanti.

Usai movie, fikir nak lunch apa. Mencuba nasib ajak Masy pergi Macha & Co balik so dapat makan nasi daun pisang. Nasib baik dia ok je, tapi dalam hati dia taktau la kan. Korang kalau ada apa-apa dengan Normaya, cer cakap depan-depan. Jangan bila dah selesai baru nak bercerita kat orang ‘Maya tu nak makan ikut tekak dia je’. Tapi depan-depan kemain angguk kata ‘tak kisah, tak kisah’. Belakang-belakang cerita lain pulak. Not good sis. Kalau ikutkan Normaya ni lah manusia paling tak memilih pasal makan.

Sekarang kat Macha & Co dah ada set yang boleh pilih lauk sekali. So okaylah ambil yang ni je. Saya pilih sotong. Masy pilih ayam pedas. Ada dengan air sekali. Selasih serai.


: : Adik waiter tak pandai ambil gambar. Kelihatan Masy agak sado di situ walhal hakikatnya ia tidaklah sesado itu : :


: : Gigih balik tu saya singgah SPM sebab nak tapau Starbucks. Yang kat Midvalley berduyun q nya : :

InsyaAllah bulan Januari nanti kita dating lagi ya, Masy.
Have fun di I******* !