#YasminTurns14

16 Oktober 2018, genaplah Yaya 14 tahun. Malam tu pukul 11 lebih macam tu saya menyelinap masuk bilik dia letak belon dan coklat. Dia dah tidur masa tu. Tapi Encik Z kata Yaya terjaga pukul 12 lebih tapi saya pulak dah tidur, so wish segala pagi esoknya lah.

: : Nah belanja gambar Yaya masa usia 1 hari : :

Belon dan coklat ni tempah dari @nurshahz_legacy. Dah banyak kali jugak order dari budak Fazz ni. Saya tinggalkan kat office, Encik Z ada volleyball hari tu so dia lah bawak balik rumah. Brownies pun order dari Fazz jugak. Saya order sehari awal untuk Yaya bawak pergi sekolah, boleh makan dengan kawan-kawan kelas dia.

: : Tu ada contact number Fazz kalau kot korang nak guna service dia : :

Hari Selasa tu saya dengan Encik Z ambil half day. Yaya habis sekolah pukul 1.50 tengah hari. Terus lah boleh celebrate. Birthday girl nak makan Kyochon, so ke Kyochon Mytown lah kita.




: : Beli 2 slices kek je kat Secret Recipe. Salted Caramel Macadamia Cheesecake ni sedap gila ok! Makan sambil mata terpejam sebab sedap sangat : :

Hadiah birthday pulak saya bagi Fujifilm Instax Mini 9. Yang sebenarnya hadiah ni saya menang lucky draw masa Family Day DGJC kat MAPS hari tu. Tapi Yaya tau je. Motiplah pulak dah tua kebana ni saya nak bergambar bagai dengan polaroid camera ni kan. So bagi je la kat Yaya.


: : 14 tahun dah anak Mommy : :


: : Dibalik tabir OOTD seorang anak, ginilah rupa paras omaknya. Sambil snap gambar sambil senaman paha konsepnya : :


: : Malam tu saya masak masakan kegemaran birthday girl iaitu udang masak lemak : :

Sabtu, 20 Oktober kitorang keluar sebab nak cari hadiah birthday sebenar untuk Yaya. Powerbank ia dah kaput, so ia request nak powerbank baru. Tahun lepas pun hadiah birthday powerbank jugak. Kali ni tak boleh beli yang fancy-fancy, kena beli yang betul-betul punya, kalau tak kang sekejap je dah rosaknya. Kami pergi Melawati Mall.


: : Powerbank jenama Energizer : :

Happy 14th birthday, sayang. Semoga yang baik-baik untuk awak.
Mommy & Ayah loves you so much!