Ipoh, Perak : @ Meru Ipoh

14 – 16 September hari tu saya 3 beranak pergi Ipoh. Ceritanya sebab 15 September tu ada Family Day sektor DGJC. Entah lah macam mana saya terjebak lagi jadi AJK. Dah sedaya upaya cuba mengelak tapi terrrrrrjadi jugak. Cerita tentang AJK dan Family Day saya up kat entry lain sebab menunggu gambar-gambar dari official photographer. Saya update dulu yang jalan-jalan kat Ipoh k?

Bertolak hari Jumaat 14 September. Saya dapat pelepasan half day. Lepas ambik Yaya kat sekolah, terus lah berdesup ke Ipoh sana sebab ada appointment dengan orang MAPS pukul 4 petang. Ah lupa pulak nak bagitau, Family Day nya adalah di MAPS Perak.


: : Tak berhenti makan pun sebab takut terlewat. Makan je roti telur yang Encik Z buat. Ia cuti 1 hari : :

Pukul 3 petang sampai kat Ipoh. Terus pergi check in kat Casuarina @ Meru. Alhamdulillah sebagai AJK dapatlah kelebihan bilik free kat sini. Tapi tak sempat nak ambik gambar sekitar sebab sibuk dengan kerja huhu.

Memandangkan AJK lain semua belum sampai lagi, so marilah kita pergi makan dulu sebab lapar lah kan. Call wakil MAPS tu inform mintak lambat sikit jumpanya. Lagipun tengah hujan. Dari pukul 4 petang, lajak ke pukul 5 petang. Makan kat area Meru, dekat-dekat hotel jugak. Tak perasan rupanya kedai makan western. Dah masuk duduk tu, belasah je lah.

Selesai makan, pergi jumpa wakil MAPS kat MAPS. Cuma saya, Bee Chin dan SJ je. Yang lain-lain tak sempat sampai on time. Sokay. Orang MAPS jamu teh tarik dengan sandwich untuk minum petang. Settled semua perbincangan, balik hotel layan episod akhir Cinta Bukan Kristal. Lepas maghrib keluar pergi town Ipoh sebab nak bayar duit hotel untuk malam esoknya pulak. Dinner malam tu lepak kat food truck dekat Bulatan Amanjaya tu. Happeninglah area sini. Seronok lepak. Tengah melepak makan, AJ call nak melepak sekali dengan Nazif. Ah, mari lah.

Malam tu ada discussion lagi dengan semua AJK yang stay kat Casuariana. Sentuhan terakhirlah kiranya sebelum program esok. Semoga semua berjalan lancar. Amin…