Ipoh, Perak : Yasmin at Kong Heng

Lepas breakfast terus gerak ke Yasmin at Kong Heng, iaitu Muzium Yasmin Ahmad, pengarah filem yang dah meninggal dunia tu. Nak cari tempat ni tricky sikit lah sebab ia dalam bangunan, dan takde betul-betul proper signboard. Terletak pulak di tingkat 2. Depan tangga tu ada payung kecil, ada sorang yang jaga untuk kita beli tiket dan nanti dia bagi sedikit penerangan tentang muzium tu.


: : Pintu masuk belakang tu : :


: : Untuk cop tiket tu, kita boleh pilih ada 4 style tak silap : :


: : Banyak filem arahan Yasmin Ahmad buat penggambaran di Ipoh : :


: : Sepanjang laluan tangga ada banyaklah info tentang Yasmin Ahmad : :

Dalam ni tak besar mana pun. Kalau ramai-ramai terjah mau sesak. Ada 2 ruangan yang boleh duduk lepak. Ada dua TV, ditayangkan filem dan iklan arahan arwah. Ada komputer, frame gambar, transkrip skrip. Ada satu arah tingkap tu boleh nampak salah satu scene dalam filem beliau. Filem Gubra kot tak silap.


: : Komputer yang pernah digunakan oleh arwah. Pakai headphone dan boleh dengar puisi-puisi tulisan beliau : :


: : Diari? : :

Kalau korang berjiwa seni dan sukakan filem-filem arwah Yasmin Ahmad, boleh la consider untuk datang muzium ni tanda sokongan.
Area sini lawa untuk #ootd. Bangunan lama, tapi unik.