Ipoh, Perak : Restoran New Hollywood


: : Malam kedua di Ipoh kami stay kat Hotel Indra. Ala-ala hotel bajet gitulah : :

Check out pukul 10 pagi terus lah pergi cari breakfast. Memang dah masuk dalam list nak pergi breakfast dekat restoran yang viral di socmed iaitu Restoran New Hollywood. Jangan ada nak tanya pulak halal ke tidak ke ada jual babi ke takde ke cemana yer. Pergi kau google sana.

Table penuh. Restoran full house. Manusia merata-rata. Adudududu. Kata salah sorang pelanggan kat situ. Ini ramai luar biasa ni dik. Biasa ramai la jugak tapi tak pernah la seramai ni. Tapi demi secebis kegigihan, kami 3 beranak menunggu jua. Dari kejauhan nampak Usop, officemate saya. Dia dengan kawan dia berdua je. Diorang dah hampir nak selesai makan, so book la siap-siap table diorang. Sementara kami pusing dari satu stall ke satu stall cari makanan.

: : Thank you Usop dan kawan! : :


: : Beratur nak beli Chee Cheong Fun yang dikatakan sedap itu : :


: : 2 orang yang buat ni eieieiei garangnya. Tak sukeeeeeeee. Mana la I tau cemana cara prosedur nak ordernya. I beratur je macam orang lain. Tiba-tiba cam kena marah : :

Pastu yang tua tu tarik-tarik muka. Sampai hati layan titew macam ni. Dari jauh titew datang nak try Chee Cheong Fun awak tau tak? Tapi saya keras jugak la kat situ. Dalam setengah jam jugak baru siapnya. Bila dah sampai, hmmm saya tak minat kot? Lembik lembik camtu lepas makan macam loya huhuhu.


: : Chee Cheong Fun Udang : :


: : Kopi Ais. Dengan Hmm mee kicap udang kot? Ntah tak ingat nama. Kopi Ais dia biasa je. Sedap lagi yang kat Kopitiam Kota Bharu saya pergi dulu tu : :


: : Ke ni mee kicap? Huhu : :


: : Roti goyang? : :


: : Khoo Lobak : :


: : Creme Caramel nya pun biasa biasa aje : :

Kesimpulannya maybe la sedap kot food kat sini cuma mungkin sebab saya dah pernah makan dan minum di tempat yang lagi sedap, sebab tu lah terjadinya perbandingan. Tapi kalau kata korang nak pergi cuba, ok je. Citarasa kita kan berbeza-beza..