Ipoh, Perak : Noor Jahan Bakery & Laksa Telur Bersarang

Seterusnya, sebelum gerak balik KL, nak makan petang dulu kat Laksa Telur Goreng Bersarang. Tapi nak singgah dulu beli roti kat Noor Jahan Bakery. Saya baca dalam internet kata ni tempat buat roti secara olskul.


: : Macam-macam jenis roti ada : :


: : Donat 80 sen : :


: : Biskut kelapa : :


: : Kek birthday pun olskul : :


: : Yang dibeli : :

Nak kata sedap sangat tu tak la jugak kot? Ke memang rasa roti olskul macam ni? Huhu.
Boleh la dimakan tapi mokata nak beli lagi kalau ke Ipoh, hmm tak la kot.

Meneruskan perjalanan ke Laksa Telur Goreng Bersarang atau Kafe Setinggan. Lokasi tempat ni memang dah ke arah nak balik KL, so sokaylah nak singgah. Kalau kena pusing patah balik rasanya tak pergi la kot. Dan kedudukan lokasi ni dalam kawasan perumahan. Kena waze. Kalau tak, mau sesat barat.  Alhamdulillah masa kitorang sampai q tak panjang sangat. Dan table pun ada kosong. Sini self service. So cepat-cepat beratur dan terus order.


: : Tudung pun dah senget-senget ha Normaya : :

Saya suka la laksa telur bersarang ni! Taktau la kot berat sebelah ke apa sebab saya memang hantu laksa. Eh tapi tak jugak. Laksa kalau ikan sardin I cannot. So kalau kata pergi Ipoh nak repeat laksa telur bersarang ni boleh je la.

Lepas makan terus lah nak gerak balik KL. Boleh pulak lampu kereta terpadam sebelah huhu. Pepelan bawak, alhamdulillah selamat sampai rumah. Itulah dia kisah JJCM Ipoh saya, sempena DGJC Family Day kat MAPS. TQ for reading! Muahs..