Gambang, Pahang : Bukit Gambang Waterpark 1

Esoknya, 18 Ogos kami ke Bukit Gambang Waterpark pulak. Awal tak awal dalam 10.30 pagi jugak la sampainya lepas breakfast. Breakfast kat resort biasa-biasa aje huhu. Apa-apa kita bergambar dulu kat signboard. Eh lupa nak bagitau, dari resort nak ke Safari Park dan Waterpark ni dekat je. Kalau taknak drive, boleh naik tram. Tapi kitorang drive je.

Saya macam biasalah, memang takde nya lah nak mandi manda kat waterpark ni. Seperti biasa, follow anak-anak ke sana ke mari, snap-snap gambar, record-record video. Begitulah. Waterpark ni takde la besar sangat, within reach je dari satu ke satu bahagian.


: : Nampak tinggi kurus pulak diorang dalam gambar ni.  Pandai Mommy snap #eh : :


: : Encik Z q untuk sewa cabana dan pelampung : :


: : Nah senarai harga : :


: : Akan diberi wristband lain : :

Kat sini konsepnya guna E-Value iaitu kena top up duit dalam wristband. Cash tidak diterima ya. Nak sewa atau beli apa-apa kena top up duit kat kaunter.


: : Suamiku perkasa : :

Ada permainan yang kena guna pelampung sendiri. Ada yang guna pelampung diorang. Macam yang gambar bawah ni slide dari atas ke bawah guna pelampung diorang. Ikut nasib-nasib kena share dengan orang lain. Nak buat cemana kan..


: : Opss terseksi husband I : :

Kalau yang guna pelampung sendiri kena bertabah la heret pelampung panjat tangga naik atas ha. Kalau yang jenis bertutup camni kurang lah risau sikit saya. Kalau yang open tu risau la haihh tetiba tercampak ke apa. Nauzubillah.

Salah satunya yang bawah ni. Risau ok! Tapi staf kat situ kata ok je kak. Saya suruh Yaya pegang mat biru tu kuat-kuat. Yang ni Caca tak nak naik. Takut katanya.

: : Sementara semua bermandi manda, Mama cuma lepak dan rest kat cabana ni. Siap tutup dengan bantal ha : :

OK sambung next entry. Banyak dah gambarnya ni..