Gambang, Pahang : Bukit Gambang Safari Park siang

18 Ogos sampai 20 Ogos hari tu kami 5 beranak pergi cuti-cuti ke Gambang. 5 beranak iaitu saya, Encik Z, Yaya, Mama & Caca. Memang dah lama niat nak bawak Caca sempena gi Gambang sempena birthday dia yang ke 11 tahun. Plan nak gerak awal konon dalam pukul 7 pagi. Tapi begitu begini pukul 8 pagi jugaklah keluarnya. Gi breakfast dulu kat Taqwa. First time makan kat sini sebab dengar kata teh ais nya sedap. Tapi I beli tak sedap pun huhu.

Jalan sesak sebab ada accident hmmm kat area mana yer, lupa pulak. Tapi memang sesak la. Sampai polis suruh kitorang exit dan lalu jalan lama. Ada 2,3 accident gak. Bajet sampai tak la lewat sangat tapi dah sangkut kesesakan jalanraya tu, akhirnya selamat sampai pukul 12.45 tengah hari.


: : Dah setel check in dan ambik wristband Safari & Waterpark, pergi cari makan dulu di restoran berhampiran : :

Boleh ambil kunci pukul 4 petang nanti, so kitorang terus je masuk ke Safari Park.
Oh yer kat sini saya ambil Pakej Balik Kampung 3 Hari 2 Malam untuk 4 orang, Carribean Resort RM588. Lepas tu tambahan saya beli 1 tiket Safari Park dan 1 lagi tiket Waterpark untuk warga emas RM66. So total RM654.00

: : Kat bahagian map besar ni nanti ada staff yang akan explain gitu gini tentang Safari Park ini : :

Yang specialnya kat Safari Park ni of coz lah Wild Savannah nya. Yang korang duduk dalam tram, lepas tu nampak haiwan buas berkeliaran bebas. So apa-apa kita pergi dulu yang tu sebab itu ialah highlight trip kami ini. Memula kena naik tram yang pertama dulu untuk sampai ke checkpoint untuk masuk ke Wild Savannah.

Lepas tu kat checkpoint ni kena q tunggu giliran untuk naik tram lain untuk masuk ke Wild Savannah. Lama kena tunggu! Dekat 45 minit kot. So korang kalau nak datang sila lah datang awal pagi ya.

Perjalanan pusing dalam Wild Savannah lebih kurang 30 minit. Tak dapat pergi South Africa, pergi Gambang pun alhamdulillah lah kan. Tapi kan, South Africa termasuk dalam bucket list saya jugak tau. Cuma dapat direalisasi atau tidak, hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Banyak la binatang dalam ni, nah saya share beberapa keping gambar.

Dalam tram ni ada staf yang akan explain tentang semua haiwan. So kalau ada apa-apa soalan tanya je staf tu. Sangat berinformasi. Selesai dalam Wild Savannah, kami masuk tengok show pulak. Show harimau dan singa putih. Pastu ada landak, ada burung. Macam boring sikit sebab singa putih tu punya la kelembapan nak buat aksi. Naik penat menunggu. Kalau nak tengok show segala korang kena check diorang punya jadual lah sebab ada a few cuma kena pilih pilih la, sebab rasanya tak sempat nak cover semua.


: : Kemain landak ni semua buat catwalk : :


: : Singa putih yang malas-malas nak buat kerja : :


: : Teringat first time tengok Llama ni kat Perth dulu : :

Seram saya tengok bangunan yang belakang tu. Dah macam rumah hantu romannya. Walhal tu tempat haiwan-haiwan. Kitorang tak pergi pun arah sana sebab kemalasan nak jalan plus kepenatan jua. Nampak tak ada 2 ekor beruang bawah tu. Comel gila lompat-lompat nak ambik makanan yang orang hulur. Dah macam maskot tapi sebenarnya beruang betul.

: : Ni pulak dah macam kat London. Tak dapat gi London, kat Gambang pun boleh jua : :

OK dah jom gerak. Nak pergi ambil kunci, bersihkan diri, solat dan rehat. Malam nanti nak datang lagi sebab ada show lagi menarik. Stay tune!