Gambang, Pahang : Caribbean Resort & Bukit Gambang Safari Park malam

Apartment saya ambil ni ada 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Ada ruang depan, ada balkoni. Nak kata best sangat pun tak lah sebab ia bukan taraf hotel. Walaupun namanya resort tapi bagi saya biasa-biasa aje kot. Selain Caribbean Resort ni, ada 2 jenis lagi iaitu Arabian Resort & Everia Villas Resort. Dengar kata yang Arabian tu best sikit. Saya ambik Caribbean sebab tu yang paling murah hehe.

Balik bilik baru perasan roda luggage bag sudah pecah. Sobs sobs. Mesti macam terganas seret ni atau pun ada terlanggar apa-apa huhu. Nanti kena pergi kedai yang beli beg tu la untuk tanya boleh ke nak repair. Rasanya dah 3 tahun kot beg ni. Beli masa nak pergi Mesir dulu.

Pukul 7 malam kami gerak dah sebab kena masuk dalam Safari Park sebelum pukul 7.30 malam untuk show sebelah malam. Kalau lambat diorang tak bagi masuk kot? Hmm tak sure. Tapi dah staf situ kata kena masuk sebelum 7.30 malam, so kita ikut je la arahan k.
Boleh refer jadual persembahan dan aktiviti di bawah.

: : Wristband siang tadi jangan dibuka tau. Kalau tak nanti tak boleh masuk dah untuk sesi malam : :


: : Belakang tu ada white lion tapi tak kelihatan pulak dalam gambar ni : :

Ada satu bahagian ni ada rumah ala-ala rumah kampung. Belah bawah siap ada ayam, ayam belanda, kambing, arnab, angsa segala.


: : Pose ala-ala Neelofa katanya. Hashtag teamlofa : :

Bila ayam belanda ala-ala bergerak nak mengejar, bertempiaran saya, Yaya dengan Caca lari. Ayah je relax ha. Kalau Ayah pun lari, mau Mommy tepuk dahi.


: : Olololo omey angat diri dua kaki camtu : :

Seterusnya, kami berkumpul di bahagian tengah nak tengok show African Yabara Fire atau show api lah kiranya. Saya duduk kat kerusi, anak-anak semangat ha duduk depan tu sampai kena usik la dengan budak-budak api tu.  Meletup jugak la show diorang, boleh dibanggakan.

Seterusnya, lepas habis je show api tu korang cepat-cepat masuk dalam Village Arena untuk Tarsan Adventure aka show tarzan pulak. Show tarzan ni pun best. Boleh dibanggakan dan di bawa ke tengah. Ada storyline la. Dan lawak-lawak jugak. Set pun lawa. Seriau saya tengok tarzan tu bergayut lompat ke bawah.


: : Dedua ni bawak watak pemburu jahat : :

Dah habis show korang boleh turun bawah dan bergambar dengan pelakon. Hasil seorang mak yang kiasu, dapat lah anak-anak bergambar sekaligus dengan semua pelakon hehe. Si tarzan tu tengok dekat-dekat dah rupa Fattah Amin dah.

Keluar dari kawasan resort sebab nak dinner, nampak ada pasar malam kat kawasan perumahan. Semua sebulat suara setuju nak beli food pasar malam, maka ayuhlah kita.


: : Yong Tau Foo dan Cappucino Blended : :

End of day 1. Jumpa esok di Waterpark pulak!