Merdeka & Datin Aslinda

30 Ogos pagi ada buat sambutan program Merdeka dengan Majlis untuk PK HEM MGS, Datin Aslinda yang dinaikkan pangkat ke sekolah lain. Memandangkan program pun tak lama sangat, so saya pergi lah pagi tu. Lagi pula Yaya ada buat persembahan deklamasi sajak. Datin Aslinda pulak antara AJK PIBG dan juga antara cikgu yang saya rapat. Pernah membawang sesama on the phone ehehe.

Sebelum program majlis pertukaran Datin, sambutan merdeka tu ada la dilaungkan Merdeka, nyanyi lagu kebangsaan, kibar Jalur Gemilang dan tu lah, Yaya deklamasi sajak tu. Lepas tu baru lah program dengan Datin.


: : Yaya dengan penuh perasaan mendeklamasikan sajak buat Datin Aslinda bertajuk Di Hatiku :


: : Sedikit cenderahati dari kami AJK PIBG wakil ibu bapa untuk Datin : :


: : Selamat jalan, Datin. Semoga lebih sukses di sekolah baru : :

Nah video Yaya deklamasi sajak. Yang bawah tu masa sambutan Merdeka sekolah, tapi hari lain lah.