Konsert Gergasi KRU 25

Kita throwback cerita 5 bulan yang lalu. Kalau you all nak kecam pun, I redho je you. Sebenarnya dah taip lama tapi lepas tu dok hold nunggu gambar. Lepas tu hold lagi konon nak letak video sekali. Tapi lepas tu terfikir eh mana boleh letak video konsert. Dan gitulah dok tertangguh-tangguh sampai sekarang baru ada semangat nak sambung menaip balik entry ni huhu.

Korang tau kan yang KRU nak bubar? OK sekarang kira dah bubar lah.
So katanya sebelum pembubaran dan juga sebagai kenangan yang tahun ni anniversary penubuhan KRU yang ke 25 tahun, diorang nak buat konsert lah untuk peminat. Tiket dah siap jual dari hujung tahun lepas lagi.

Tapi masa tu saya takde la pulak cam nafsu nak beli tiket tu ke apa.
Memang ah saya minat KRU ni. Siapa yang sezaman dengan saya siapa je yang tak minat KRU? Fenomena kot masa tu. Masa umur 14 tahun, haaa sebaya Yaya masa tu. Lirik lagu semua dok hafal.

Konsert KRU ni 3 hari berturut-turut. Seminggu sebelum konsert, pagi-pagi si Umi sembang dengan saya. Katanya pagi tadi dia dengar la kat radio, KRU jadi artis jemputan. Cerita pasal konsert ni. Dia cakap dengan husband dia kalau dapat pergi best ni. Tetengok husband dia kata pergi lah. Husband dia ok je jaga anak-anak. Saya pun kata la ha ok la tu pergilah. Dia tanya saya balik kau taknak pergi kak? Eh eh saya pulak tiba-tiba jawab boleh jugak. Haha adoi laa. Kena sampuk apa ntah terus boleh jugak kannn.

Tanya Encik Z. Dia tu biasanya ok je, tiada halangan sangat pun. Umi kata nak belanja adik dia, so ada la teman nak pergi sebab makcik tu duduk nun jauh di Puncak Alam sana. Kang kena drive balik sensorang pulak. Malam pulak tu. Lalu start lah mencari tiket yang available. Pastilah dah banyak yang sold out kan. Last-last macam ah ambik jelah mana yang ada. Kitorang memang pilih nak pergi yang last day tu sebab mesti lagi best kan kira memang betul hari dan konsert yang terakhir, 6 Mei 2018.

Akhirnya kami beli yang Fanatik zone. RM482 saya transfer kat Umi sebab pakai kad kredit dia. Kad kredit I dah semput nak arwah dah hehe. Kalau ikutkan memang mahal la kan, tapi kau nak kata apa, KRU kot. Buat kat Istana Budaya lak tu. Dan lagi memikirkan ni konsert terakhir diorang, so pejam mata zasss je lah beli.

Petang tu saya masak dinner siap-siap untuk Encik Z dan Yaya.
Ye la, kau dah ar nak pergi melagho, takkan nak tinggal suami dan anak macam tu je cari makanan sendiri kan, makanya kita ambik la hati mereka.

Lepas Maghrib Encik Z hantar saya kat Istana Budaya. Dari KSU ke IB sekejapan je ha pun. Memang sempat lah sampai on time. Umi dengan adiknya dah ada dah, dah collect tiket semua dah. Bila tiba masa, kami pun masuklah ke dalam hall.


: : Umi dan adiknya : :

Dah sampai kat seat kitorang kan, macam ada kepelikan sikit. Nombor seat D27, D28 & D29 (dah macam gred durian pulak), tapi nombor seat stop setakat D28 je. D29 takde. Tanyalah kat staf situ. Dia ambik tiket dan pergi cek. Dan datang balik dengan note seperti di bawah. Seat D29 relocate ke 1st Row seat no A4.
Ceritanya nombor seat yang KRU buat dengan IB tak synch. Taktaulah cemana ke perbincangan diorang ada salah faham ke apa.

Saya volunteer lah pindah ke depan. Yer la, macam tak molek pulak nak pisahkan Umi dengan adiknya. Saya sokay je pun pindah dan duduk sorang. Takde hal lah.

: : Kita selfie dulu sebelum ramai orang : :


: : Kau rasa? First time dalam hidup duduk depan stage camni ha : :

Dalam Istana Budaya korang tau lah mana boleh snap gambar waktu konsert kan. Tapi ada seorang perempuan sebelah saya tu cam selamba je snap. Memang lah macam dia sembunyi-sembunyi, letak atas paha dia, tapi saya tau lah memang dia snap gambar. Ada sesekali masa handphone dia menyala dapat la suluhan laser dari staf IB. Ingat kot insaf tapi lepas-lepas tu saya tengok dia still je snap gambar.

Saya curi-curi snap bila waktu lagu rancak, then ramai orang berdiri. Ada jugak yang siap datang dekat stage, so macam tersorok/tertutup sikit la saya ni. Tapi tetaplah jugak macam sembunyi sembunyi sebabnya sah-sah la Norman Yusry Edry ni bebetul depan muka, diorang boleh nampak je kalau kita tala handphone kat diorang. Not good lah pulak kan.

Antara lagu yang diorang perform The Way We Jam, Awas, Terhangat Di Pasaran, Untukmu, Gadisku, Negatif, Malamku, Ooh La La, Di Pintu Syurga, Mengerti, Dua, Balada Hati, Babe, Dekat Padamu, Hingga Ke Jannah, Apa Saja, Dilema, Jangan Lafazkan and last sekali Fanatik. Ada artis jemputan jugak. Tapi saya dah lupa lah siapa boleh? Haha. Ye la cerita berbulan-bulan lepas kan. Tapi tak silap ada Jacyln Victor. Kalau tak silap la. Diorang perform lagu Ke Pintu Syurga.

Memang best dan mengimbau kenangan lah bila nonton konsert KRU ni. Sambil nyanyi tu selang seli dengan diorang berborak gitu gini. Boleh tahan kelakar Edry dengan Norman. Yusry selalu kena bahan je. Sian ia hehe.

Paling surprise bila KRU panggil semua dancer diorang yang dulu-dulu tu. Memula ingat macam diorang tipu je, tapi tengok-tengok eh semua muncul. Macam lawak jugak la sebab kau bayangkan masing-masing dah bapak budak, dengan sorang tu badan besar siap berjanggut bagai, tapi tiba-tiba joget lagu rap. Hiks. Gambar kat bawah ni saya curi-curi snap, harap pihak IB halalkan huhu.


: : Lagu second last. Tak silap saya lagu Jangan Lafazkan kot. Semua dah sedih dah masa ni sob sob : :


: : Persembahan terakhir, Fanatik : :


: : Lisa Surihani yang comel nau nau : :

: : Crowd : :


: : Tiket yang saya beli tu termasuk dengan Meet & Greet jadi marilah kita gigih beratur untuk bergambar. Tapi tu dapat Ooh La La Zone punya slip pulak hmm : :


: : Dekat 30 minit jugaklah kena beraturnya. Dah alang-alang kan. Tapi pantas jugak lah sebab security yang jaga sangat tegas. Takde nak bersoseh soseh yer. Lepas bergambar terus gerak : :

Terima kasih KRU kerana menjadi sebahagian hidup kami di zaman remaja dahulu. Korang pasti akan diingati dan dirindui. Membesar dengan lagu-lagu korang antara kenangan indah yang akan kami kenang.