Wedding Yoi

Dapat jemputan kahwin dari Yoi, staf kat cafe office saya ni. Saya boleh kata baik jugak dengan Yoi, selalu sembang menyembang sementara tunggu drinks siap. So dah dapat jemputan, dan lokasi pulak berdekatan saja, kita usahalah untuk memenuhinya.


: : Macam biasa, apa-apa kita makan dulu : :


: : Amboi amboi amboi… I am next kata kau, bang hmpfff hmpfffttt : :

Dari Gombak pergi Kota Damansara sebab nak pergi Imaan Boutique. Nak cari baju raya haji. Over kan? Kisah pulak kita, duit kita suka hati kita la nak beli baju raya haji ke, raya hajah ke, raya cina ke, raya india ke. Motip nak emo? Lulz.


: : Singgah Starbucks mengopi jap : :

Petang tu terus nak tapau dinner. Plan nak makan Pizza Hut, so singgah lah terus kat Sentul Raya. Settle tapau semua, tengok ada kereta park belakang kereta kitorang. Dekat 10 minit hon hon hon takde orang muncul. Come on lah, parking banyak kosong kot. Yang nak gak park belakang kereta orang kenapa ek? Pulak tu tarik hand brake pulak. Haishhhh.. Teringat video yang viral hari tu, kereta yang kena block tu reverse lanyak je kereta yang double park tu. Tak faham lah kan orang macam ni. Takde common sense langsung. Last-last Encik Z terpaksa ke depan ke belakang ke depan ke belakang, reverse kereta senget.

Selamat Pengantin Baru Yoi.. Selamat menempuhi alam rumahtangga.
Akak doakan yang baik-baik untuk awak dan isteri.
Harap dah kahwin ni skill bancuh air masih tip top lagi tau.
Yoi ni bancuh air sedap ooo. Kadang tu saya request nak campur air gitu gini, mintak advice kalau pagi nak minum air apa, kalau tengah emo sesuai minum air apa.
Ala-ala drinks specialist gitu dia ni hehe..

2 thoughts on “Wedding Yoi

  1. Ya Tuhan Myaaaa… smlm kiterang baru kena. Gi tapau KFC. Parking depan klinik KITA. Nak amik keta tgk ada alza parking baik punya kat dpn. Takde no, tarik hand brake. Kite suh Lan gi tanya dlm klinik, mana tau keta orang ada emergency nk gi klinik ka. Tapi bukan. Hon hon. Takde. Last2 ada sorang brader tu bantu. Keluar sket sket (naseb da parking hadap depan). Dah elok dpt keluar, baru la hanat ni keluar melenggang dr 7E. Seolah tiada apa berlaku. Konghajo betui.

    Tunggu. Akak nak buat posting berkaitan perkara ini. Atau kakak hantar kat confession iium. Geram sungguh la kan kalao ada manusia berperangai hanat gini.

    • pelik sebab parking melambak kot! kalau mokata nak park sekejap sebab nak draw duit ke apa, tapi lebih 10 minit apa cerita? bengang kan

Comments are closed.