Makan Durian

Sana sini orang makan durian yer. Katanya sebab tahun ni durian murah eh?
Lepas korang up gambar dan status makan durian merata-rata, lalu saya telan air liur je, sebab ntahlah, tak berkesempatan nak cari durian ke cemana taktau la. Suami tak ajak pun yer sama kot.

Satu hari tu kat office, Kak Mar cuit. Katanya, “Maya kalau kau nak makan durian pergi kat kereta aku” Hah.. apa lagi pucuk dicita ulam mendatang. Curi-curi turun ke basement, tengok ha penuh 1 kereta Kak Mar dengan durian, manggis dan rambutan. Kak Ju kopekkan, apa lagi I pun ngap ngap lah. Sedap pulak tu durian kampungnya dari Muar sana. Saya jenis suka durian yang lembik dan manis. Saya tak suka yang pahit-pahit keras tu huhu. Kalau dapat yang pahit keras terus kemurungan.

Terima kasih Kak Mar belanja 1 department makan buah-buahan. Murah rezeki Kak Mar.

Lepas wedding Addam & Alya, saya kata kat Encik Z jom call Kaklong ajak diorang makan durian. Sebab nampak tepi jalan simpang nak masuk rumah diorang tu ada jual durian. Sekali whatsapp tengok laaa diorang dah memang ada kat tempat jual durian tu. Rombongan Cik Kiah dengan family Bulat dan Mokchik. Berjemaah la makan durian kita yer. Tapi Abang Long saya tu tak makan durian. Ada sejarah hitam dengan durian di masa lalu.

Durian kat sini tak sesedap yang Kak Mar bawak. Tak pahit tapi macam tak manis sangat. Katanya D24.


: : Lepas makan durian minum Caramel Machiatto. Tapi Starbucks Equine ni buat tak sesedap yang kat Drive Thru Ampang. Yang tu manis I suka : :

Tak lama beberapa hari lepas tu FSA (formerly known as RSA) pulak buat sesi makan buah-buahan kat Medan Kupang. Durian, manggis dan rambutan. I tak makan rambutan, so pls.


: : Nasib-nasib dapat yang keras pahit or lembik manis. Yang ni sedapnya : :


: : Tiba-tiba ada Hanis Syamimi kan… Jemputan khas dia ni : :


: : Ada lebihan kita letakkan dalam bekas besar. Bawak balik sorang sikit dan esoknya depa bawak serawa durian : :

Tak lama lepas tu nampak announcement kata ada jualan durian kat Lanai Kijang. Ajak la Encik Z pergi. Tetengok sampai laaa dah habis licin dah orang borong sobs. Sudahnya kami ke Karnival Mini Jom Makan Buah kat Masjid Negara. Beli la beberapa biji durian kampung tapi rasanya biasa-biasa aje.


: : Kita makan aiskrim durian dan durian crepe jugak : :


: : Dan beli ikan patin masak tempoyak. Dap dap : :

Persoalannya sekarang harga durian murah lagi tak sekarang?
Perlu ke cari dan beli dan makan lagi sebelum harganya menjadi mahal semula?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
more...