PRU 14 #malaysiamemilih #pulangmengundi #PH

9 Mei punya cerita. Dah 2 bulan kita ber’kerajaan baru’ yer.
Kisah mengundi ni memula saya macam ah malasnya nak balik Taiping mengundi. Tu la, cemana boleh terlepas pandang, lupa nak tukar pusat mengundi. Walhal dah bertahun kot duduk KL nya.

Lagi buat malas sebab tempat saya buang undi tu memang kawasan pembangkang. Dengan majoriti undi tinggi pulak tu. So kalau tak balik pun rasanya ok kot. Mesti dapat kat pembangkang jugak. Takde la rasa bersalah sangat gitu. Tapi bila tengok ramai sangat yang semangat nak balik mengundi. Siap ada yang nak sponsor bagi yang kurang mampu. Dengan tanda pagar malaysiamemilih dan pulangmengundi, so ayuhlah kita.

Kebetulan dan nasib baik jugak KakTin pun nak buang undi di Alor Setar sana, dia ajak balik sama. Alhamdulillah dapatlah menumpang pulang. Kalau tak, saya kena naik ETS atau bas lah. 8 Mei sehari sebelum mengundi tu ambik half day petang, Encik Z ambik Yaya kat sekolah. Siap-siap dan terus je lah gerak pulang. Adik KakTin yang memandu tanpa henti. Hebat sungguh. Kagum menengoknya.

Saya bagitau Mama saya balik tapi tak bagitau balik dengan Yaya. Saya kata Yaya tinggal dengan Encik Z. Esoknya nak ikut Encik Z mengundi. Encik Z mengundi kat Segambut ni je ha. Ingat 5 tahun lepas memula undi kat Taiping, lepas tu berkejar balik KL, Encik Z pulak nak ngundi. Dedua pun lupa langsung-langsung nak update tukar alamat mengundi tsk.

Saya book Tune Hotel. Sebab macam senang kot situ. Convenience orang kata.
Lepas check in, terus menapak jalan ke Tesco nak makan. Yaya ajak makan sizzling sedap kat food court situ.

Esok paginya Mama pergi awal kat tempat mengundi tu. Belum pukul 8 pagi Mama dah q dah. Saya macam nak pergi lewat sikit. Check out pukul 11 pagi so ingat lepas tu lah baru nak pergi. Lepas Mama settle mengundi Mama datang kat hotel. Mintak lah Mama belikan breakfast 2 bungkus nasi lemak. Saya kata saya lapar. Satu tu of coz lah untuk Yaya. Masa Mama sampai tu saya suruh Yaya sembunyi dalam toilet. Lepas Mama dah masuk baring atas katil Yaya pun keluar dari toilet. Haa apa lagi terjerit lah Opah tengok cucunya ada. Rindu angat angat tu.


: : Tune Hotel Taiping ada iron dan iron board di setiap floor. Bagus kan : :


: : Dah nak sama tinggi dengan Opah : :

Dalam 20 minit je q, sampai lah giliran saya. Ada sorang brader ni dia selang seorang kat depan saya. Rasanya first time dia mengundi tu sebab macam termangu-mangu tak tau nak buat apa. Macam kesian pun ada. Tapi tu lah, ada kesedaran untuk mengundi kali ni. Itu yang penting. Sebab kali ni ramai yang nakkan perubahan.


: : Memula dakwat ni warnanya lite lite je. Tak lama lepas tu ambik kau hitam pekat : :

Lepas mengundi pergi ambil 2 orang kawan Yaya kat rumah diorang. Takpe, kita bagi peluanglah Yaya nak jumpa kawan-kawannya. Mama drop kami kat AEON. Sementara menunggu Yaya melepak dengak kawan-kawan dia, saya pergi nonton movie Truth or Dare sorang-sorang. Takde hal lah saya ni. Nak makan ke, nak shopping ke, nak nonton movie ke. Sorang-sorang ok je. Movie ni macam hmmm agak krik krik krik. Standard tayang kat TV je tsk.


: : Turun dari escalator movie nampak Yaya ha. Amboi kemain gembira yer. You don’t think I don’t know what you do ya sayang. I know what you did last summer : :


: : Lapar jadi carilah makan. Restoran banyak yang full house. So makan jelah kat mana-mana yang tak ramai orang : :


: : Saranghae : :

Lepas Isyak baru bertolak balik ke KL dengan Adil. Jalan boleh tahan banyak jugak kereta. Dalam tengah malam baru sampai KL. Message whatsapp masuk dah bertalu-talu dah dok update keputusan tak rasmi PRU ni. Of coz lah semua orang pun berdebar-debar menunggu ye tak? Sampai ke jam 3 pagi saya dengan Encik Z berjaga. Sebab katanya kalau PH menang dapat cuti 2 hari.

Alhamdulillah PH menang. Terima kasih Allah SWT kerana mendengar rintihan kami rakyat Malaysia yang mahukan perubahan dan keadilan. Semoga kerajaan PH akan menerajui Malaysia dengan sebaik-baiknya untuk kebaikan semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
more...