2 Syawal #teamrayataiping

16 Jun. Syawal ke 2. Bangun pagi-pagi terus cari breakfast. Breakfast kat Hotel Seri Malaysia ni ala-ala je. Tu yang saya kata, kena ada penambahbaikan lagi ni.

Saya ada makan roti bakar dengan minum kopi susu gak. Melahap lupa pulak nak snap gambarnya.

Siap-siap pukul 12 check out.

Baju kurung saya tu kainnya beli kat Medan lamaaaaa dulu. Saya memang suka kain Indonesia ni. Senang iron, tahan lasak dan murah. Siapa nak pergi Bandung, nak ikut! Nak shopping kain! Heee..
Tudung bawal RM5 beli kat Jalan TAR. I ok je, tudung murah I pakai, tudung mahal pun I pakai.

Terus menuju ke rumah Maklong kat Gunung Semanggol. Memang kalau hari raya sinilah semua bertumpu bertunggu tangga lepas arwah Tok dan Tokwan takde. Pernah saya tulis dulu, kalau kata Maklong takde lepas ni, dah takde tempat nak dituju dah.
Makanan penuh semeja ha. Terpaksa la makan nasi terus.


: :  Maklong si tuan rumah (kakak sulung Mama), Rina (anak Maklong merangkap sepupu saya), Normaya, Maksu (adik bongsu Mama), Yasmin & Mama : :

Kain baju Yaya tu pun sama beli kat Medan lamaaa dulu. Dengan ini cukup dah la semua kain-kain pasang yang dibeli telah dijahit. Tiada lagi yang terperuk di dalam almari. Lepas ni kita beli baju raya yang dah siap sudah.


: : Opah yang of coz lah gembira cucu kesayangan ia pulang : :

Pergi rumah Maklong selain dari dapat makan sedap ialah seronok tengok pemandangan sawah padi. Patut nak OOTD kat sawah padi ni tapi entahlah kenapa tak berhenti pulak hmm..

Yaya kata nak pergi beraya kat rumah kawannya. So Encik Z drop lah dia kat sana. Kami dua orang pergi jalan-jalan kat Taiping Mall sementara tunggu nak ambik Yaya.


: : Encik Z tengah try seluar dalam tu : :

Pastu lepak minum kat Georgetown White Coffee. Tekak rasa nak minum air masam-masam sebab kepala macam pening/pusing. Saya sukalah kedai yang ada serve Healthy Juice macam kat bawah ni.


: : Pineapple + watermelon. Sedap! : :


: : Tak dapat makan sotong kangkung Bomba, dapat yang ni pun boleh la melepaskan kempunan : :

Pukul 4.30 camtu Yaya call suruh ambik dia. Syahirah ni kawan baik Yaya kat Taiping ni. Sama-sama sekolah rendah dan Form 1 Convent. Macam sedih jugak la tengok diorang peluk camni.
Gitulah kehidupan anak-anak. Bertemu dan berpisah adat manusia biasa.
Nanti kalau auntie balik Taiping lagi, auntie suruh Yasmin contact Syahirah, k?
Korang kawan elok-elok tau.. Biar jauh di mata, dekat di hati.


: : Singgah cashier tapau laicikang telur. Rinduuuuu : :

Sampai kat rumah Tok, berphotoshoot kat depan rumah Tok. Pastu Mama join. Menyembang membawang. Maksu pulak datang. Topik persembangan ialah rumah pusaka. Rumah pusaka Tok ni lah. Semoga semua dapat diselesaikan secara baik. Amin.


: : Sekali lagi, bila handphone kena  hijack dengan anak, beginilah : :

Lepas Isyak kami bertolak balik ke KL. Sampai KL dalam pukul 12 tengah malam jugak la. Jalan tak sesak sangat. Kereta banyak tapi moving la. Itulah dia berakhirnya Syawal ke 2 untuk tahun ini.